WASHINGTON 7 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, kompromi diperlukan untuk memastikan negara ini terus bergerak ke hadapan. Beliau membuat kenyataan itu selepas menewaskan calon Parti Republikan Mitt Romney dan mengekalkan jawatannya untuk penggal yang kedua.
Dalam ucapan kepada penyokongnya di Chicago, Obama berikrar untuk bekerjasama dengan pemimpin Parti Demokrat dan Parti Republikan dalam usaha mengurangkan defisit persekutuan negara, mengekalkan kod cukai, membuat pembaharuan dalam imigresen dan mengurangkan kebergantungan negara kepada minyak asing.
Obama berkata, beliau juga akan berbincang dengan Romney 'bagi mencari ruang untuk bekerjasama membangunkan negara'.
''Kita sebagai satu keluarga, dan kita bangkit atau jatuh bersama sebagai satu bangsa dan negara,'' katanya. - UtusanM'sia
Inilah yang membezakan antara garis kasar sorang pemimpin berjiwa besar dengan garis kurus sorang pemimpin berjiwa halus dan bernafsu rakus.. walaupun dah menang bergaya dan dipuji berjela-jela.. namun tetap tak lupa yang dirinyer masih berpijak dibumi nyata.. malah seterunya masih lagi diajak bicara bagaikan sudah lama bersaudara..
Walaupun ada yang menggelarkan mereka ini kapir harbi.. yang menunyer setiap hari bercampur arak dan babi.. tapi mereka ni masih lagi mampu sama-sama berdiri dan berjanji untuk membina ibu pertiwi walaupun berlainan parti.. malah semasa berkempen pun rakyat tidak ditakut-takutkan.. jika parti tu menang teruk ler korang kena tekan dan diganyang.. silap-silap body korang yang montel tu jadi kurus kerana negara ni akan digadai oleh pemimpin boros kepada si yahudi bernama Soros..
Alangkah malunya pemimpin kita yang masing-masing menepuk dada mengaku merekalah yang paling mulia dan banyak berjasa.. tapi kenapa masih jugak tidak sekata walaupun duduk semeja dan mengaku saudara seagama.. bagi gua itu semua hanyalah lawak jenaka dari pemimpin kita bagi menghiburkan rakyat jelata yang semakin sengsara dan tersepit dengan kehidupan yang begitu menghimpit.. kononnyer mereka jer ler pemimpin bistari yang mampu mentadbir negeri dan negara ni.. haaa kalau tak kerana kami dah lama rakyat negara ni kurus melidi.. dan mungkin ada yang mengemis di negara sendiri..
Gua pun tak tau bila ler agaknyer konflik politik di negara kita ni akan tamat.. cuma yang gua nampak keadaan semakin tenat.. kecoh dan bertambah gamat.. masing-masing nak tunjuk handal walaupun kekadang nampak bebal kerana ilmu pun hanya stakat sejengkal.. sebenarnyer pemimpin-pemimpin politik kita ni yang tak sedar diri.. masih jugak lagi bergaduh siang dan malam tak henti-henti.. bertelagah semata-mata berebut nak membangunkan bumi pertiwi..
Agaknyer setelah Tuhan tu turunkan azab nanti.. baru ler semuanyer akan berhenti.. ataupun masih jugak lagi tuding-menuding jari.. Tuhan... ini bukannyer salah kami.. sebenarnyer mereka tu yang tak muhasabah diri..
Jumaat, 9 November 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan