Selasa, 6 September 2011

KOMUNIS & BRITISH.. DUA-DUA KAKI KENCING..

SHAH ALAM 4 Sept. – Anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat semasa zaman British dan berjuang bermati-matian melawan pengganas komunis tidak sekali-kali boleh dianggap sebagai bersekongkol dengan penjajah.

Bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin, 66, menegaskan, anggota polis dan Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tidak sekali-kali berjuang mempertahankan British sebaliknya mereka menumpahkan taat setia terhadap Raja-Raja Melayu yang memegang kedaulatan Tanah Melayu... - Utusan M'sia

Korang ni betul ler tak bagi gua nak beraya dengan aman.. gua ingatkan cuti-cuti ni bleh ler gua relaks sambil bergurau senda di hari raya dengan awek-awek gua.. tapi bila korang dok kecoh pasal komunis ni terus darah gua naik mendidih.. tak pasal-pasal lemang dan rendang daging yang tak bersalah kat atas meja ni menjadi mangsa kemarahan gua.. korang bukan tak tau yang gua ni memang anti tahap cipan dengan geng komunis ni terutama si Cin Peng buncit tu.. dah la tak handsome perangai brutal plak tu.. sampaikan gua tak bleh dengar langsung perkataan komunis ni.. dengar perkataan nis.. nis pun gua dah hangin satu badan.. punyo la anti..

Tapi klau ikutkan dulu gua dengan si Cin Peng ni memang kamcing.. bak kato orang bagai aur dengan tebing.. kira maso bebudak dulu kitorang ni selalu la main gasing pangkah kat tepi balai raya di kampung gua.. tapi bilo si Cin Peng hampeh ni cuba buat onar.. dengan taktik licik cuba nak merembat awek gua si Kathy.. langsung gua terus remove friend si mamat ni dari gua nyer akaun fb.. padan muka si Cin Peng tak dapat nak kawan dengan gua lagi.. dan di situ la bermulanyer konflik bersenjata antara gua dengan si Cin Peng..

Malah gua masih ingat lagi bagaimana gua bertempur dengan si Cin Peng di Bukit Tunggal 80 tahun lalu.. bayangkan la maso tu gua di serang dari segenap penjuru tanpa belas kasihan.. klau ikutkan maso tu gua dah nak kalah.. peluru meriam gua pun dah tinggal dua butir jer.. tapi nasib baik semasa masuk waktu tambahan entah macamano tanpa disangka sorang mamat misteri yang berbody sasa tetiba muncul dari celah semak kat belakang gua... apo lagi dia pun terus mengeluarkan senjata berupa anak panah yang ada bom dan terus menghambat si Cin Peng serta kroni-roni beliau ke dalam hutan.. (klau nak tau cerita ni lebih detail.. haa korang bleh tengok cerita Rambo 4.. lebih ganas.. lebih sadis dari cerito Bukit Kepong)

Dan itu la sebabnyer sampai skarang gua cukup anti dengan komunis ni.. bukan stakat komunis jer.. termasuk la si penjajah yang lain tu seperti si Jepun lahanat dan si British poyo tu serta talibarut diorang.. dan angkara talibarut diorang ni la di kisahkan zaman Jepun dulu ramai orang kita yang begegar kepalo otak kono pelempang jepun... yang buncit perut menelan air sabun pun bleh tahan gak ramai..

Sebenarnyer gua pun tak minat nak menghabiskan air liur bertegang urat berdebat untuk menyatakan sapa sebenarnyer pejuang tulin yang berjuang untuk sejarah kemerdekaan kita ni... ini kerana bagi gua sejarah yang dirakam dan dikisahkan kepada kita masa kat sekolah dulu pun masih lagi kelabu asap.. banyak perkara yang masih boleh dipertikaikan akan kejujurannyer... adakah ia ditulis dan disampaikan tanpa bias atau berat sebelah..

Menurut Prof. Leman Cendol dari Universiti Ontahkekmano menyatakan bahawa.. kebenaran serta kehebatan sesuatu sejarah tu terletak kepada siapo yang berkuasa.. memberi contoh seperti dalam sejarah Amerika menyatakan Osama Ben Laden adalah pengganas.. manakala disisi Osama.. Amerika adalah setan.. tapi memandangkan Amerika begitu berkuasa maka seluruh dunia turut percaya apa yang di kisahkan... akan betapa ganasnyer si Osama itu.. dan kalau gua yang berkuasa pun dah tentu ler kebenaran atau kehebatan sesuatu sejarah tu lebih memihak kepada gua.. manakala gua akan menggambarkan yang member gua si Maro dan si Ambo adalah pengganas yang suka mengacau awek-awek kampung..

Cuma pada tafsiran gua akan masalah ni ialah.. pada sesiapa yang bekerja atau berkhidmat kepada penjajah tak kira la korang tu polis atau askar.. mamat despatch atau tuan magistrate.. ketuo kampung ataupun tuan D.O skali pun.. serta pada sapo-sapo jer la yang mengaku pejuang kemerdekaan.. selagi khidmat serta gaji korang dibayar oleh penjajah.. secara automatik bagi gua korang adalah pengkhianat kerana bersekongkol dengan penjajah lahanat tu dan sanggup menjadi talibarut diorang.. ini sama seperti orang yang mengaku begitu benci dengan arak tapi keja kat kilang arak..

Dan klau betul pun korang mengaku yang perjuangan korang tu suci serta tulus untuk nusa dan bangsa.. tapi klau sedikit sebanyak perjuangan korang terdapat unsur-unsur yang menzalimi atau menganiaya serta merampas hak orang lain.. pada gua korang pun secara automatik sama jugak kaki hamlau serta pengkhianat kepada bangsa dan negara ni.. dan korang pun lebih kurang sama perangai macam si Cin Peng yang tak handsome serta berperut bucit tu..

2 ulasan:

  1. gua ngan cin peng dulu pun kamceng gak. selalu gua sekeh kepala dia pasal bengap sangat. mengeja pun tak berapa reti... orang suruh eja 'ayam sabung' diejanya 'ayam sabu'...
    gua berpecah ngan lahabau tu bila dia masuk utan jadi komenih, gua masuk pekan jadi kartunis... ceh..

    BalasPadam
  2. gua lg plak.. tak bleh dengr lansung nama cin peng ni.. dengar peng.. peng pun gua dah berangin.. tu sebab sampai skarang gua tk makan lempeng..

    BalasPadam