KUALA LUMPUR - Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam. Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura... - Utusan M'sia
Satu perlawanan bola sepak antara pasukan M’sia dan Taiwan sedang berlangsung.. abang Asbolah seorang pengulas sukan yang terkenal telah ditugaskan untuk mengulas perlawanan tersebut yang turut disiarkan secara langsung di kaca TV....
Abang Asbolah: "Yaa apa khabar penonton semua.. malam ni kami akan membawa lintas langsung terus menerus untuk perlawanan antara pasukan M’sia menentang Taiwan.. yaa nampaknyer permainan pada malam ni begitu rancak sekali.. sejak dari tadi para pemain dari kedua-dua pasukan tak berhenti-henti berlari dan melompat... saling berbalas serangan dan tumbukan tanpa belas kasihan.."
"Dan itu dia seorang pemain M'sia.. iaitu Syafiq secara tiba-tiba muncul dari luar stadium dan terus merampas bola dari kaki Ah Keong… pemain pertahanan Taiwan.. dan satu larian solo yang cantik dari Syafiq.. cuba dihambat oleh Guan Eng.. namum Syafiq lebih pantas.. terus membuat satu hantaran pendek tepat ke kaki pemain no 16.. S. Kunalan..”
“Tanpa membuang masa.. Kunalan pun terus berjalan dan mengelecek tiga pemain Taiwan dan melakukan satu hantaran lintang tepat ke kaki Syafiq yang berada tepi padang.... pemain tengah Taiwan iaitu Soi Lek cuba meluru.. menghalang gerakan Syafiq.. namum Syafiq bertindak pantas.. terus menolak bola kebelakang mencari Kunalan..”
“Kunalan mengawal tenang.. dalam diam-diam terus menghantar semula ke pada Syafiq di sebelah kanan yang agak kosong.. Syafik masih mengawal bola dan berjaya mengelecek 10 pemain Taiwan dan terus menghantar ke sebelah kiri mencari penjaga garisan.. tapi dapat dipintas oleh Kunalan..”
“Kunalan terus menghantar bola tinggi ke dalam kawasan penalti pasukan Taiwan.. cuba disambar oleh Ah Keong.. tapi Syafiq lebih pantas terus menanduk kepada Kunalan.. Kunalan menanduk semula bola ke arah Syafiq.. Syafiq menanduk semula kepada Kunalan yang tidak dikawal.. namun tandukan kilas Kunalan begitu lemah dan dapat di tangkap kemas oleh penjaga gol simpanan Taiwan dengan mudah..
Tiba-tiba telipon berdering..
Abang Asbolah: "Yerr!!.. saper di sana..?"
Pemanggil: "Hello pengulas.. lu ni takda nama lain ker nak disebut hah.. ada berpuluh-puluh pemain M'sia kat dalam padang tu.. tapi balik-balik nama si Syafiq dengan si Kunalan tu jer yang lu sebut... skali-skali tu sebut ler nama orang lain plak.. macam si Aidil ker.. paling tidak si Norshahrul tu ker..”
Abang Asbolah: Alaa sorry ler bro.. dah itu jer nama pemain M'sia yang gua ingat.. jadi gua sebut jer ler.. errr!! bleh gua tau.. lu ni saper hah!!..
Pemanggil: Gua ni pemain M’sia la.. yang tengah main skarang ni.. takan tak nampak....
Abang Asbolah: Aiii.. mana la gua nampak kat dalam talipon ni.. lu yang mana satu.. gua tengok team M’sia ada 10 orang jer ni..
Pemanggil: Memang la tinggal 10 orang.. sebab skarang gua kat public phone belakang stadium ni haa.. tengah call lu ler ni..
Abang Asbolah: Errr!!! lu ni saper hahh!!..
Pemanggil: Gua ler Kunalan.. sajer nak ucap terima kasih sebab lu ni rajin sangat sebut nama gua.. sampai gua terbatuk-batuk kat dalam stadium ni.....
Abang Asbolah: @*%#@*(%%#..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan