Rabu, 29 Jun 2011

BERSIH KER TIDAK.. GUA NO HAL..

KUALA LUMPUR – Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan. Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan. - Utusan M'sia

Adoii!! pening ler kepala gua bila bila tengok suasana politik separuh masak yang sedang melanda negara kita sekarang ni.. gua peratikan keadaan dah semakin kalut.. kepala hotak orang politik serta para pengampu diorang gua tengok pun dah semakin senget serta merapu tak tentu arah.. dah macam peserta Maharaja Lawak.. malah lawak diorang gua tengok lebih mampan.. jitu serta konsisten.. malah lebih slapstik dari filem Z.Lokman..

Pasal isu BERSIH yang sedang hangat skarang ni.. gua tak nak ler komen lelebih.. lagi pun gua bukannyer paham sangat apa yang diorang dok sebokkan pasal bersih tu.. gua pun no hal sebab gua pun tak mengundi.. yang gua tau puak yang satu ini nak sangat bersih.. tak boleh tidak.. dan yang puak lagi satu ni plak bermati-matian terguling-guling tak nak bersih.. gua pun tak paham dengan kerenah diorang ni… bagi gua kalau tak suka bersih duduk ler dalam longkang.. apa laa.. itu pun nak gaduh ko.. macam budak tak cukup umur..

Yang gua heran tengah dok kecoh-kecoh tu.. tetiba jer plak masuk cerita komunis.. dah macam filem daa.. gua rasa cerita komunis.. agen asing.. talibarut yahudi serta isu perkauman ni dah beberapa kali diulang cetak.. lepas tu senyap.. sampaikan pakai t-shirt ada gambar Che Guavera pun nak jadikan isu… apa la.. dulu gua pun ada selai baju ni.. tapi tak tau la gua letak kat mana.. nasib baik dah gaib.. klau tak dengan gua-gua sekali kena chop jadi talibarut komunis.. tak ker naya... tak pasal-pasal kena ISA...

Sebenarnyer dalam akta 10 perlembagaan.. kita ni dibolehkan untuk menyertai mana-mana perhimpunan selagi ianya aman dan tidak melibatkan senjata seperti bom atom.. C4.. tombak dan keris.. tetapi pada masa yang sama ada plak seksyen 27 akta pak polisi yang mengatasi perlembagaan.. yang memerlukan kita mendapatkan permit untuk berhimpun.. haa memang sampai mati hidup semula pun korang takan dapat permit.. cuma korang diberi satu hak keistimewaan yang tidak memerlukan permit.. iaitu untuk mendapatkan bom asap.. belantan dan pemedih mato....

8 ulasan:

  1. kau tak mengundi bro? nampaknya ramai org melayu yg masih tak tau dan prihatin hak sendiri. cina dan india siap berpaksa anak mereka yg dah lebih 21thn untk mengundi, tapi rupanya ada melayu yg masih leka.

    perkara 10 mmg boleh berhimpun dgn aman. tapi kena baca bersama perkara 10 (2) (3) dan (4). kalau berhimpun sampai menyusahkan rakyat terbanyak, itu dah dikira mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam. kat stadium boleh je berhimpun. kenapa perlu guna jalan raya? suruh ambiga berhimpun di jalanraya depan rumah dia, nak tak dia?

    lu jgn tak mengundi bro. buat rugi keturunan dan anak bangsa.

    BalasPadam
  2. trimo kasih datuk atas nasihat yg begitu bersih.. dgn pantasss pagi besok jugak gua pegi mengundi..

    BalasPadam
  3. Apala lu tak pi mengundi..betul la kata datuk tu..memang rugi kalau lu tak mengundi..

    mak gua pun paksa gua daftar mengundi masa gua cecah umuq 21 tahun 1 hari..mak gua cakap..

    "Lu kalo nak undi Parti Bulan Mengambang sama Parti keris bersilang mak tak kisah..tapi kalau lu undi roket terbang sama bulan sabit berlaga kepala..gua tendang lu..ptuiiihh"

    Lu kalo tak undi memang lu rugi..sekarang lu tak rasa apa2..lu tunggu la lagi 10 tahun..kalau dunia tak kiamat lagi..hahahahha..
    Gua tau la apa jd ms akan datang..gua kan ada sixth sense macam filem Knowing lakonan brader Hantu Penunggang tu..hahahaha

    BalasPadam
  4. umang aiii!! garang btul lu poyos.. klau datuk sound gua pasal x mengundi gua bleh tahan lagi.. tapi bila lu soung gua mcam tu.. memang gua gerun menggigil tulang belikat.. enam kali pengsan tu.. skang ni pun masih pengsan...

    gua bukan x nak mengundi wahai sipoyos yang ayu jelita.. tapi apakan daya masih bawah umuq.. lagi 7 bulan nak masuk 21 tahun.. huhuhuhuu

    lagi pun gua x tau nak undi sapo.. nak undi keris melintang boring plak tengok muko kak mah.. nak undi bulan mengambang gua x berkenan dngn abng mat sebu.. nak undi roket terbang ngan bulan sabit berlaga gua tak brapo serasi plak.. abih tu camno..

    jd nampaknyer terpakso la gua undi kat parti yg sanggup bayar lobih... hahahahaaa

    BalasPadam
  5. penanggah....ke lu parti atas pagar leh intai kawan kat duo2 bolah.....Jangan pagar runtuh udah ler.... kang ada yang masuk ospital...hahahahaha

    BalasPadam
  6. untung masuk parti atas pagar ni tukngkarut oiii.. bnyak benefit yg kito bleh dapek.. musuh x do.. duit bnyak.. awek pun ramai.. silap2 pencen pun ado.. x cayo cuba tanyo jiran sebelah rumah lu.. huhuhuhhuu

    BalasPadam
  7. ini kiro lu sapu BERSIH la ... ganazzz la lu... tak yah demo BERSIH pn mmg lu sudah sapu bersih... huahahaha.....

    BalasPadam
  8. sbenarnyer gua segan ler nk join demo2 ni...tapi klau diorang ajak gua g demo makan2.. ha memang silap besar ler.. memang gua kasi sapu bersih.. hahahaa

    BalasPadam