Selasa, 19 Julai 2011

BARU LER AMAN SIKIT DUNIA..

Fuhh!! baru baru ler lega sikit.. (sebenarnyer sikit jer pun..).. bayangkan la sejak seminggu dua ni kepala otak gua begitu sesak.. hari-hari di asak dengan cerita BERSIH siang dan malam.. tengok TV kisah BERSIH.. tengok paper pun berita yang sama.. layan internet pun lebih kurang… balik-balik BERSIH… BERSIH.. BESIH.. sampai dah naik bersarang dalam kepala otak gua.. hinggakan idea nak menulis dalam blog yang entah apo-apo ni pun terbantut.. nasib baik la time tidor pun gua tak mimpikan si pengerusi BERSIH.. kalau tak memang potong stim..

Setelah acara kemuncak gilang gemilang yang menyajikan adegan perarakan kereta berhias.. bom asap serta pertunjukan air pancut dan juga beberapa jurus karate yang agak ngeri dari pak polisi.. serta perarakan ala-ala manja yang begitu bersemangat dari gang BERSIH dan PATRIOT.. yang turut diselitkan dengan lawak jenaka dari gang PERKASA yang telah berakhir dengan begitu cemerlang 9 Julai lalu.. baru ler suasana agak tenang dan aman sikit.. walaupun masih ada gak suara-suara sumbang yang tak puashati.. itu adalah perkara biasa... lagi pun orang politik ni mana ler reti nak duduk diam..

Cuma dalam isu ni.. gua lebih suka menjadi pemerhati bebas tak bergaji.. melihat setiap perkembangan serta sepak terajang dunia politik negara ni seperti menonton gusti kat TV.. alaa lagi pun kalau kita perhatikan... dunia politik dan dunia gusti ni.. tak banyak bezanyer pun.. lebih kurang jer.. masing-masing nak tunjuk handal.. banting sana.. banting sini.. kilas sana.. kilas sini.. yang penting kena pandai berlakon.. pukul sikit jer.. tapi dia punya sakit.. berguling dah macam nak mati..

Di dalam dunia gusti.. kita akan melihat tidak ada musuh dan sahabat yang kekal.. rakan boleh jadi musuh.. dan musuh yang paling dibenci tetiba boleh berpaling tadah dan menjadi member paling kamcing lagi suci.. malah ada ahli gusti kaki kencing yang sanggup menjadi musuh dalam selimut.. dan untuk menghangatkan lagi suasana.. si samdol ini akan melakukan apa sahaja untuk menang.. walaupun terpaksa belot.. dan berpakat dengan pihak lawan untuk mengalah rakan atau tag team sendiri....

Manakala ahli gusti yang tak berapa handal atau kira tahap sengal.. akan berdentum-dentam bercakap besar atas gelangang... berapi-api mencabar pihak lawan.. kita ingat hebat sengat ler.. tapi bila time lawan habuk pun tarak.. hanya sekadar menjadi mangsa belasahan dan pak lawak bagi menghiburkan penonton..

Dan begitu ler jugak di dunia politik.. kita pasti akan menemui watak-watak poyo serta pelakon-pelakon sandiwara macam ni... cuma yang membezakan.. di dunia gusti mereka ni dibayar.. berlakon mengikut skrip.. manakala di dunia politik.. diorang plak yang terpaksa mengeluarkan duit.. membayar untuk jadi pelakon.. maka itu sebabnyer kita selalu dengar istilah sandiwara politik..

Ini adalah kerana dalam politik semuanyer bermula dengan duit.. tak kisah la walau sehebat mana pun parti korang.. berkempen la sampai berbuih mulut... tapi kalau tak berduit.. korang simpan jer ler hajat korang tu dalam almari.. silap-silap haribulan.. korang jer ler sesorang berkempen naik basikal dari rumah ke rumah.. dan kalau tak kena gaya.. dengan duit deposit korang sekali turut hangus.. tapi kalau stakat nak jadi pemimpin belia atau pemimpin kompang kat kampung.. bagi gua mungkin takda hal.. lagi pun modalnyer ciput jer..

2 ulasan:

  1. penanggah... wa ingat lu antara yang dapat makan free kat pulpol...

    BalasPadam
  2. tukngkrut.. itu yg gua hangin smpai skrang kat pak polisi tu.. berani diorang buat mjlis makan free x bg tau gua.. tak per.. nt klau ada Bersih 3 tau la diorang .. memng gua bawak pinggan sendiri dari rumah...

    BalasPadam