Isnin, 25 Julai 2011

APA LA LU RIMAU.. BIKIN MALU..

SINGAPURA - "Buat perubahan drastik pada bahagian pertahanan jika mahu layak ke peringkat seterusnya". Itu amaran Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura kelmarin.

Jelasnya, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal harus melakukan perubahan drastik ekoran aksi buruk bahagian pertahanan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia di republik itu kelmarin. "Pertahanan kita terlalu lemah dan banyak memberikan ruang kepada lawan terutamanya gol kelima Singapura melalui Aleksandar Duric.. - UtusanM'sia


Melihat aksi team Harimau terutama pemain pertahanan yang begitu lemah gemalai seperti orang tak makan seminggu sewaktu menentang team Singa pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Singapura pada petang sabtu lepas.. membuatkan impian serta harapan tinggi menggunung gua untuk melihat si Harimau mara ke perlawanan seterusnyer menjadi semakin kabur.. sekabur cinta gua dengan si Erni..

Siapa si Erni ni..? haaa.. Erni ni ler awek gua yang ke enam.. yang berbody agak berisi dengan wajah sedikit berjerawat .. tapi masih berada ditahap cun.. tapi.. entah dimano silapnyer.. hubungan kitorang sekarang ni gua tengok dah makin sejuk,.. sesojuk air di kali.. tapi.. andai dapat ku undurkan masa... aiii!! apahal plak ni.. dari cerito bola bleh masuk ke cerita si Erni… buang maso betul lerr..

Okeyy... okeyy.. kita berbalik semula kepada kisah bola tadi.. aaa yerr.. gua yang pada mulanyer kira bersemangat gak la nak menyokong team Harimau.. apotah lagi bila tengok diorang bermula dengan agak garang dan bengis sebaik saja wisel permulaan ditiup.. malah tahap kolestrol gua turut turun mendadak ketahap terendah sebaik saja melihat si Sapie Sali tanpa segan silu berjaya menjaringkan gol pada minit yang pertama.. dan gol pantas itu jugak membuatkan pengadil dan penjaga garisan termasuk pemain dan penyokong tuan rumah terpegun seketika.. malah gua yang tengok kat TV 14 inci kat rumah pun turut terpaku hampir setengan jam..

Namum kembang hidung si Harimau tidak kekal lama.. si Singa yang naik darah terus melakukan serangan hendap tanpa henti sehinggalah mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan beberapa minit kemudian.. malah asakan bertali arus si Singa membuatkan pemain pertahanan si Harimau tak senang duduk.. dan mereka turut mengeluh kerana tidak berkesempatan untuk mengusya beberapa awek cun yang berada di dalam stadium tersebut..

Dan tahap kolestrol gua turut naik mendadak semula ketahap maksima.. bila melihat pemain pertahanan Harimau beraksi longlai dan malu-malu kucing sehinggalah mereka berjaya membantu si Singa menjaringkan dua tiga bijik gol tanpa sebarang notis.. aksi-aksi ganas si Singa yang tak henti-henti itu juga memaksa para pemain dari team Harimau bertukar menjadi si Kucing bagi mengaburi pihak lawan..

Walaupun pada minit-minit akhir si Harimau dilihat cuba menukar strategi dengan menggunakan sistem 14-6-0.. iaitu memasukkan seramai mungkin pemain pertahanan bagi menggantikan sistem lama iaitu 7-9-9.. namun usaha tersebut dilihat masih gagal untuk mengekang asakan bertubi-tubi penyerang team Singa yang dilihat agak otai tapi sasa.. malah jurus tendangan tanpa bayang dari Syafiq Rahim juga gagal menggerunkan para pemain si Singa..

Melihat aksi manja pemain Harimau pada perlawanan tersebut mengingatkan gua kepada perlawanan diorang ketika menentang Taiwan.. angkara pemain pertahanan yang lemau gemulai membuatkan kita tewas mengejut.. dan kita dimenangkan pun hanya dengan jaringan gol di tempat sendiri.. kira jaguh kampung ler tu.. dan kalau itu ler jugak aksi seterusnyer... gua rasa jangan harap ler korang bleh belasah si Singa minggu ni kat Bukit Jalil.. lebih baik korang ambik Daudsu.. paling tidak bleh gak dia jaringkan gol sendiri..

* Dan untuk menunjukkan semangat patriotik gua berada ditahap maksima dan jika takda hal menghalang.. mungkin gua akan turun ke Bukit Jalil 28hb ni bersama si Kathy awek gua yang ke 9.. ingattt!!.. klau gua tengok korang main bola macam main pondok-pondok.. tau ler nasib korang.. memang gua cabut pokok ketapang kat tepi stadium tu dan baling kat korang sorang satu...

5 ulasan:

  1. GUA TAK TENGOK GAME ARI TU, GUA TENGOK CENEL LAIN. TAPI BILO ANAK JIRAN MENJERIT GOL, GUA BUKAK SAT. ALIH BALIK CENEL. DENGAR MENJERIT LAGI. ALIH LAGI. AT LAST 3 JERITAN JE GUA DENGAR.
    ROPENYA SCORE 3 JO. YG LIMO TU BILO MASUK TAKTAU.
    B.....T PUNYA RIMAU. INI KUCING SIAM, BUKAN RIMAU.

    BalasPadam
  2. jiran lu kira okey gak tu.. jiran gua cuma skali tu jer gua dengar diorang menjerit.. itu pun maso gol pertamo.. lepas tu langsung trus sonyap... tak tau la diorang pengsan ko atau trus tutup tv..

    ari khamis ni mngkin gua g stadium.. sajer nak manghabiskan duit 30 hinggit boli tiket.. smbil tu bleh gak menghiburkan hati tengok harimau buat lawak sarkas..

    BalasPadam
  3. lu jadi la pom-pom boy sambil pegang pokok ketapang tu ... conpem le menang .....

    BalasPadam
  4. HUMANG AII... 30 HINGGIT TU KALU PI KARAOKE BANYAK LAGU DAPEK TU...

    HARITU RIMAU KALAH PASAI MAIN KT RUMPUT TIRUAN...
    KALI NI KALO KALAH EKAU BAWAK RUMPUT BETUL BALING JE KAT PLAYER TU...

    BalasPadam
  5. tukangkarut.. memandangkan pokok ketapang kat stadium tu dah kena tobang.. nampaknyer terpaksa ler gua bawak dari rumah.. nt bleh gak gua libas kat pemain kita yang lemau2 tu..

    kembara... klau dah terer tu main kat mano pun tak da masalah.. jangnkan atas rumput tiruan.. main kat atas pokok kelapo pun tak da hal....

    BalasPadam