Jika tiada aral melintang yang mengganggu gugat kehidupan gua.. kemungkinan besar gua and the gang akan menyelinap ke stadium bagi menonton satu pertarung one by one antara Harimau dan Singa Otai yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam ni.. seperti yang korang semua tau.. persembahan bola sepak itu juga merupakan satu pertarungan antara hidup dan mati diantara kedua pasukan yang dikatakan akan menjadi perlawanan terhebat di abad ini.. malah di seluruh cekrawala.. itu pun kalau kita menang..
Dan disini gua ciptakan beberapo pantun yang agak ganas bernada tegas.. bagi menaikkan semangat jantan pemain pasukan Harimau yang sejak kebelakangan ni gua tengok dah macam adik-adik main bola plak.. dan diharap jugak.. dengan pantun yang tak seberapo ni mampu menggerun serta melemahkan urat keting pengadil perlawanan malam nanti.. dan kita tengok jer ler mampu ker tidak si Harimau menjinakkan si Singa dengan memenangi perlawanan tersebut dengan kelebihan dua bijik gol..
Anak singa dikejar badak..
Melompat-lompat jatuh perigi..
Kalau main macam bebudak..
Tau ler nasib.. memang korang semua gua seligi..
Pantun ni menggambarkan bagaimana seekor anak singa yang suka melompat-lompat macam monyet dan akhirnyer jatuh dalam perigi.. tapi berjaya diselamatkan oleh budak-budak yang ada kat situ.. selepas itu bebudak nakal itu terus menyeligi anak singa tersebut dengan ganas sehinga koma....
Singa tua tumpang lalu..
Membawa bekal ikan kerapu..
Korang semua jangan bikin malu..
Tak kan dengan player otai pun korang tak bleh sapu..
Kisah singa diteruskan lagi.. kali ni menceritakan bagaimana seekor singa otai yang tumpang lalu di sebuah kebun bersama ikan kerapu.. sebaik jer melintasi kebun tersebut beliau telah disergah oleh Pak Dolah.. ini membuatkan singa dan ikan kerapu berasa begitu malu dan terus melarikan diri ke dalam hutan..
Singa macho tercekik halia
Halia dirembat di kebun Pak Dolah
Mintak-mintak dapat ler pengadil mulia..
Berjiwa tegas dan berat sebelah..
Bagi membalas dendam untuk rakan mereka.. seekor singa macho terus mencurik halia dikebun Pak Dolah.. tapi akhirnyer singa tersebut tersedar dan begitu menyesal kerana Pak Dolah rupanyer adalah seorang pengadil bolasepak yang berhati mulia.. malah beliau juga seorang yang berat sebelah.. ini kerana tangan dan kaki Pak Dolah besar sebelah..
Harimau hensem kacak bergaya..
Kalau dah lapar semua ditelan....
Main ler betul-betul yer Harimau Malaya..
Tapi kalau kalah… korang semua boleh jalannn!!....
Setelah kisah si singa tamat.. muncul plak seekor harimau yang begitu hensem menjadi kegilaan gadis-gadis di desa.. rupa-rupanyer harimau ni begitu lapar kerana tidak makan seminggu.. setelah di beri makan harimau tersebut terus berjalan kaki.. sambil bersiar-siar menghirup udara nyaman di tepi jalan..
Singa jantan pergi ke Kajang..
Pergi ke Kajang dengan kawan..
Gua pun tak berani ler nak komen panjang-panjang..
Takut nanti kalau kalah.. tak pasal-pasal gua plak yang sawan....
Sambil si harimau bersiar-siar di tepi jalan.. si singa pun muncul semula untuk mengajak rakan beliau pergi melepak di pekan Kajang.. namun si Singa begitu kecewa kerana rakan karib beliau telah diserang penyakit sawan gred A.. ini membuatkan si singa terpaksa mengajak si harimau untuk menemani beliau.. setelah dipaksa akhirnyer harimau pun bersetuju dan mereka pun menjadi sahabat karib.. dan mereka pun hidup bahagia sehingga ke anak cucu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan