Khamis, 7 Julai 2011

BERSIH LAGI.. ANTARA MARINA DAN MAHATHIR..

PETALING JAYA - Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membidas penangkapan hampir 200 penyokong perhimpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.. beliau bercakap bagi salah satu dari 62 NGO yang menyokong Bersih 2.0.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja T,” beliau memberitahu sidang akhir bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.
Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu. - tvsnews.net

Agak-agaknyer la.. sapa yang berani sentuh atau sound si Marina anak pak Mahathir ni.. yang dilihat begitu berani dan lantang menyokong gang BERSIH.. gua nak tengok.. ada tak pengampu abang Ajib yang otak kecik.. yang berani mendesak supaya si Marina yang juga gang Sister In Islam ni ditahan ISA dan kerakyatan beliau ni ditarik.. paling tidak pun menghentam bapak minah ni kerana tak pandai nak jaga anak.. sanggup biarkan anak bersekongkol dengan gang komunis..

Cuba kita tengok.. walaupun Mahathir ni dianggap sorang yang hebat.. dan begitu berangin dengan gang BERSIH yang di anggap haram.. pengganas.. talibarut komunis dan macam-macam lagi tuduhan tok nenek.. tapi belum tentu semua orang akan bersetuju di atas setiap pandangan dan pendapat beliau.. tapi yang gua respek.. Mahathir ni relaks jer.. masih mampu berbeza pandangan dan pendapat .. walaupun pandangan itu datang dari anak sendiri... klau orang lain dah lama dah anak tu kena penampar.. disitu ler yang membezakan seorang pemimpin yang berjiwa besar..

Tapi kalau pemimpin berjiwa kecik nafsu besar.. gua tengok kat M'sia ni memang ramai.. hari-hari kluar suratkhabar.. cakap berdegar-degar.. gunung pun bleh runtuh.. tapi habok pun tarak.. berhujah dengan politik kepartian yang sempit lagi taksub.. tak boleh langsung nak berbeza pendapat.. hujah bukan dibalas dengan hujah tapi dengan emosi.. silap sikit panggil gang nak bersilat.. sentuh sikit jihad.. perang.. maki hamun.. panggil orang ni komunis la.. kapir lahanat la.. keling paria la.. dan macam-macam lagi.. dah macam bebudak..

Dan yang sedih ada yang sanggup kapir mengkapir antara satu sama lain.. sedangkan nasib sendiri pun tak tau lagi samada ke syurga atau neraka.. tak tau la gua.. kalau diorang ni memang handal lagi suci.. ada ilmu ampuwana menerjang badai peringkat ke-8.... awal-awal lagi dah tau.. klau mati nanti dijamin masuk syurga tanpa hisab.. ataupun entah-entah sebilik dengan si Ambiga yang korang dok kutuk-kutuk tu..

I tak kisah apa pun korang nak kata I... sedangkan daddy I pemimpin hebat.. lagi banyak jasa dia kat negara ni berbanding korang pun tak kisah I nak sokong BERSIH..

2 ulasan:

  1. tu le penanggah namannyo...ANAK TAK SEMUSTINYA RINTIK KALO BAPAKNYA BOREK...

    tapi apopun... kito tunggu tindakan yg akan diambil pado budok melayou yg dituduh mencemar
    lagu negaraku.

    BalasPadam
  2. gua pun tunggu gak apo tindakan kat budak tu.. paling tidak pun tarik balik kerakyatan ker.. tapi nampaknyer isu makin sepi.. bang rais pun tongah sebok kiro duit..

    BalasPadam