Jumaat, 2 Julai 2010

JERMAN VS ARGENTINA.. DUA-DUA TERER!!..


NAMPAKNYA Piala Dunia 2010 kat Afrika ni dah masuk ke suku akhir dan yang tak bestnya pasukan Jerman akan bertemu Argentina malam minggu ni.. walaupun sebenarnyer gua tak kisah sangat saper yang menang dan masuk ke separuh akhir.. sebab kedua-dua pasukan tersebut adalah favorite team gua.. bukan apa.. nanti kalau gua sokong Jerman member gua si Maradona plak tak puas hati.. kalau gua sokong Argentina member lamo gua si Hitler plak merajuk.. jadi tu yang buat gua jadi serba salah.. lalu gua pun buat keputusan nak sokong dua-dua dan lantak ler korang.. nak bertekak ker.. nak bertumbuk ke.. nak bergusti pun lantak ler korang.. janji masa lawan nanti jangan sampai nak berbunuh-bunuh sudah laaa..


Mengikut laporan dari spy Penanggah yang berjaya menemubual pakcik Kimbo Muntari seorang bookie judi bola halal dari Uganda yang telah berjaya menyelinap kedalam kemah pasukan Jerman dan Argentina untuk melakukan satu analisis dan kajian mengenai kedua-dua pasukan menyatakan kedua-dua pasukan tersebut mempunyai peluang yang sama rata tanpa pilih kasih.. dari analisis tersebut juga beliau mendapati pasukan Argentina yang menggunakan sistem 8-8-4-2 dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengekang jentera Honda cup EX5 pasukan Jerman yang menggunakan sistem 6-9-4-8 dengan mudah..


Beliau turut menjangkakan perlawanan tersebut akan berkeputusan seri 20 sama.. serta membawa ke masa tambahan selama 2 jam sebelum pihak pengadil memaksa kedua pasukan melakukan sepakan penalti sebanyak lima kali seorang dan beliau turut merahsiakan siapakah pemenang pada perlawanan malam tersebut bagi menjaga hati kedua-dua pasukan.. beliau turut menyenaraikan beberapa nama yang perlu diberi perhatian oleh kedua-dua pihak.. dan berikut adalah nama-nama yang berjaya di seludup keluar oleh beliau dari dalam kemah kedua-dua pasukan tersebut.. antara nama-nama tersebut ialah..


Lionel Messi (Argentina)

Posisi: Penyerang ekskutif kanan

Kebolehan: Seorang pakar sepakan sudut dengan menggunakan tumit... gerakan solo zig-zag beliau yang bersahaja begitu digeruni oleh penjaga stadium.. malah beliau boleh bertukar menjadi kuda kepang jika tumit kiri beliau disentuh.. ditugaskan untuk mengawal pergerakan penolong jurulatih pasukan Jerman.. dan beliau yang hebat dalam bab mencuri tiang gol ini juga mempunyai hobi yang pelik iaitu suka mengurat awek pasar malam Keramat.. 


Gonzalo Higuain (Argentina)

Posisi: Penolong ketua penyerang

Kebolehan: Pakar sepakan lencong dari luar stadium.. beliau turut mempunyai ilmu ketutu kapunden yang membolehkan beliau bertukar menjadi siput babi jika terkejut dan mampu menjaringkan bola dari pelbagai arah termasuk dari belakang tiang gol.. sering menggunakan ilmu tersebut jika keadaan terdesak seperti yang beliau lakukan sewaktu Argentina menentang Mexico 39 tahun lalu.. dengan bantuan pengadil.. beliau dijangka mampu menjaringkan 6 gol termasuk 4 gol sendiri pada perlawanan malam besok tanpa sebarang masalah..


Carlos Teves (Argentina)

Posisi: Timbalan pegawai penyerang simpanan..

Kebolehan: Mampu berjalan itik sambil membawa bola.. selain bertugas sebagai pegawai penyerang.. beliau turut ditugaskan membantu Lionel Messi mencuri tiang gol pasukan lawan.. bagi mengelirukan pihak lawan beliau ditugaskan untuk berborak dan bersembang dengan pengadil perlawanan.. dengan bantuan jentera yamaha lagenda 135z diharap beliau mampu mengelecek pemain dan penyokong Jerman dengan tenang..


Miroslav Klose (Jerman)

Posisi: Pembantu kanan penyerang serta wing belakang 

Kebolehan: Beliau yang bergandingan dengan Ozil dilihat mampu mengucar-kacirkan pasukan sendiri tanpa had.. kekuatan beliau terletak pada suis di lutut kanan yang membolehkan beliau bertukar menjadi ayam katik jika suis tersebut disentuh.. juga pakar menjaringkan gol sendiri tanpa bantuan rakan-rakan... malah beliau berjanji akan mengawal ketat pintu gol sendiri dari dicurik oleh Messi..


Lukas Podolski (Jerman)

Posisi: Pembantu khas penyerang.. 

Kebolehan: Pemain yang dibawa khas dari Tanjung Karang ini mempunyai kepakaran yang begitu luar biasa dengan gerakan-gerakan pantas di luar gelanggang.. mampu menjaringkan lima gol serentak dengan bantuan pengadil.. senjata utama beliau ialah sepucuk meriam katak dua laras dan lapan peluru berpandu yang diletakkan dipinggang beliau bagi merobek benteng pertahanan lawan..


Mesut Ozil (Jerman)

Posisi: Ketua ekskutif penyerang merangkap bendahari pasukan Jerman

Kebolehan: Bekas pemain gasing pangkah ini telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang sepanjang pertandingan.. berjaya menjaringkan 20 gol sewaktu pasukan beliau menentang Timur Leste dalam perlawanan sepaktakraw 7 sebelah bulan lepas.. kepakarang beliau terletak pada hentakan kaki kiri yang mampu memecahkan tembok stadium.. dengan bantuan bomoh vodoo beliau dijangka mampu menjaringkan 25 gol dengan mudah pada perlawanan malam besok..

1 ulasan:

  1. gua taktau pulak ada entri ni..lu kalo da entri baru..msg2 la gua..ni gua dok tuggu kat papan pemuka mcam ayam tak berak ja dok tggu..


    Gua tak tahan yang berubah jadi ayam katik tu..hahahahaha...

    BalasPadam