Rabu, 21 Julai 2010

BILA PENYAMUN NASIHAT PENYAMUN


SHAH ALAM 19 Julai - Pemuda UMNO Selangor menyerahkan bukti tambahan salah laku yang didakwa melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) berhubung kegiatan melombong dan menjual pasir di negeri ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. - Utusan M'sia

Dan korang baca ni plak...

SHAH ALAM 17 Jan 2004 - Kira-kira 20 buah jentera pengorek pasir bernilai berjuta-juta ringgit yang dirampas dalam Ops Mesin bagi membendung kejadian curi pasir di Kuala Selangor dua hari lepas, didapati hilang. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, kehilangan jentera milik pengusaha pasir haram itu dipercayai dicuri pada waktu malam menggunakan `tenaga pakar'.

Pada Khamis lepas, kerajaan negeri merampas 56 jentera pengorek pasir bernilai kira-kira RM11 juta dalam Ops Mesin. Bagaimanapun, hanya empat daripadanya dapat dibawa ke balai polis dan pejabat tanah berhampiran manakala selebihnya ditinggalkan di tempat kejadian.

``Kira-kira 20 buah jentera pengorek pasir daripada 56 buah yang sebelum ini dirampas dalam Ops Mesin, didapati hilang kerana dicuri,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina 2004 kepada 2,800 warga tua di sini hari ini. - Utusan M'sia


Kehilangan beberapo jentera pengorek pasir di kampung Simpang Tiga Gombak Selangor baru-baru ni begitu membimbangkan penduduk kampung.. jentera pengorek yang disusun kemas mengikut gred yang diletak diatas almari balairaya kampung tesebut tiba-tiba hilang setelah dikebas oleh sekumpulan malaon yang tidak dikenal pasti.. dan ketika berita ini ditulis.. polis trafik cawangan Paya Mat Insun masih berusaha menjejaki penjenayah  tersebut hingga kelubang cacing kerawit..


Menurut abang Khir Yoyo ketuo pembangkang tegar parti Lepat Pisang yang sempat ditemui oleh spy Penanggah ketika sedang syok bermain yoyo di tepi balairaya kampung Kerinci menyatakan kebimbangan beliau diatas kejadian yang membimbangkan ini.. malah beliau dengan bersahaja turut mengesyaki pakcik Kalid Abraham dari parti Pasir Berdengung turut terbabit secara langsung dalam kejadian tersebut.. ini adalah kerana menurut beliau pakcik Kalid Abraham mempunyai hobi pelik iaitu berlumba dengan jentera pengorek pasir keliling kampung pada hujung minggu.. malah sebelum ini mereka pernah belumba di litar Sepang beberapo hari sebelum kejadian tersebut berlaku..


Khir Yoyo yang masih tidak berpuashati diatas kekalahannya dalam perlumbaan tersebut terhadap Kalid Abraham yang juga telah menewaskan beliau secara stright set pada pilihan raya lepas.. berjanji akan memanjangkan isu kepada pihak PBB pada mesyuarat agong parti tersebut minggu depan.. agar Kalid Abraham akan dikenakan tindakan tatatertib dan lesen memandu jentera pengorek pasir beliau akan digantung seumur hidup..


Menurut Khir Yoyo lagi.. sewaktu beliau menjadi MB di Selangor beberapo tahun lepas… kejadian mencurik jentera pengorek tanah dan pasir tidak pernah berlaku sama sekali.. malah untuk itu beliau telah melantik exco pasir Moktar Dillon agar menjaga pasir di Selangor dan geng Lebar Daun untuk menjaga tanah di Bukit Cerakah selama 24 jam agar tidak dikebas oleh sebarang malaon.. 


Akhir sekali beliau berharap pihak kerajaan 1M’sia dapat membuat pelarasan harga baru pasir di pasaran Bursa Saham Pasir Sedunia agar kegiatan mencuri jentera pengorek pasir yang meningkat secara mendadak dan menjadi-jadi oleh parti Pasir Berdengung ini dapat dibenteras dengan lebih jitu...

1 ulasan: