Jumaat, 16 Julai 2010

MINYAK NAIK.. TERIMA KASIH LERR!!


SETIU - Penyelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan termasuk gula dan petrol yang diumumkan oleh kerajaan semalam akan disusuli dengan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan harga beberapa barangan seperti gula dan petrol ekoran pengurangan subsidi masih mampu diserap oleh peniaga. - Utusan M'sia


Tu yang susah gua nak cakap ni.. bila gua marah nanti korang cakap gua ni penyokong parti pembangkang laa.. agen CIA.. talibarut komunis la.. saja nak melaga-lagakan orang melayu laa dan macam2 lagi laa.. tapi kalau gua tak cakap hati gua plak paneh mendidih sampai berasap guanyer lubang hidung.. tapi camno pun tak kisah laa apo yang korang nak cakap.. nak cakap gua agen CIA ko.. agen FBI ko.. agen pinggan mangkok ko.. agen kapal solam pun tak kisah la.. stakat nak becakap bukan kono bayar..


Cuba la korang pikir.. harga minyak petrol naik RM28 hinggit semangkuk tapi harga karipap pusing naik mendadak sampai RM25 seketul.. kan tak masuk akal.. tak ker gilo namernyer tu.. sebelum ni harga karipap pusing baru berapo sen jer.. lapan ketul baru RM47.30sen.. kalau 200 ketul baru RM150.. mano yang inti sardin ngan inti kelapo parut tu mahal la sikit.. tak silap gua RM78 hinggit seketul.. rasa pun sodap kono plak karipap pusing inti tapai pulut buatan makcik Kiah.. perghh!! umang aiiii itu kalau tengah makan ado yang datang ajak gotong royang mau kono hambat ngan kayu api..


Tapi semenjak harga minyak naik ni (sebenarnyer kalau ikut bahaso suratkhabar tak dipanggil harga naik tapi dipangggil pelarasan harga baru, seperti contoh pelarasan harga gula.. bangangnyer idea.. sebenarnyer samo jer) tak usah cakap la harga barang.. kalau boleh harga gula naik RM50 hinggit.. teh tarik pun nak naik gak RM60 hinggit segelas.. kayo la sapo yang meniago teh tarik. silap-silap tak sampai seminggu berniaga dah bleh jadi jutawan.. 


Camno pun untuk menunjukkan yang gua ni sorang pengampu tegar pihak kerajaan 1M'sia.. terpaksa ler gua akur tanpa berbelah bagi dan berterima kasih dengan pak menteri kerana mendengar rintihan orang kampung supaya harga barang-barang ni di selaras semula.. bukan apo murah sangat.. kalau boleh selepas ni selaraskan plak harga ayam dan harga belacan.. minggu depan gua tengok kalau harga ayam ngan harga belacan tak naik jugak.. tau la nasib..  memang gua boikot la nak mengundi korang pilihanraya depan.. baru la korang tau.. padam muko!!!...

5 ulasan:

  1. ko citor pasal karipap pusing jo..hrga cucur badak naik RM150 sebiji ko tak amik tau pulok..huuuiii!

    BalasPadam
  2. alaaaa apo nak heran.. stakat harga cucur badak naik RM150 tu kira masih murah berbanding dngn negara ASEAN yg lain.. kalau kat kemboja cucur badak air jer dah RM190 dan cucur badak bukit hampir mencecah RM250 seketul... harga cucur badak batu ngan badak plastik lg plak azab.. stengah ketul jer pun dah hampir RM500... nak murah makan jer ler cucur badak kayu.. tak silap 6 ketul baru RM80 termasuk tiket penerbangan ke London untuk lapan orang...

    BalasPadam
  3. apolah ko penanggah, minyak naik lima duit pun hang dah kalut... anggaplah kenaikkan minyak dan diikuti oleh barang lain tu cam serapan pagi...

    hang punya gaji 5juto paun sterling seminggu, apo nak kisah... kasi can la taukeh kedai kaya sikit... orang biasa tu miskin hina papa kedana muka kelabu takpa...

    BalasPadam
  4. memang ler gua hangin sebab naik sikit sangt.. apasal ler diorang bangng sangat tak naikkan harga gula sampai tujuh lapan ribu sekilo.. haa baru ler tokey kedai bleh tidor lena.. tp x per nanti gua mintak senator Maro supaya naikkan plak harga tiub beskal lima nam ratus.. sebab tiub beskal ni pun bahayo gak.. tak baik untuk kesihatan..

    BalasPadam
  5. air suam tarik naik harga tak?

    BalasPadam