Jumaat, 23 Julai 2010

APA PUNYA SAMSENG DAA..!!


KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan penjenayah Geng Awang Misai Merah yang bersembunyi selepas meloloskan diri daripada beberapa serbuan polis sebelum ini, ditangkap selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu menyerbu sebuah rumah di Kemaman, pagi semalam. Lelaki berusia 48 tahun yang benar-benar mempunyai misai lebat perang kemerahan dan nampak garang itu bagaimanapun tidak gah seperti disangka kerana ketika serbuan jam 7 pagi itu, dia dikatakan beberapa kali terkencing dalam seluar. -  Berita Harian



Dongar cerito dio la yang paling gagah.. 

Setakat limo nam orang sekali punggah...

Baru gigit dek nyamuk terus domam seminggu tak kebah..

Nasib baik tak tumbang terus jadi arwah..


Kalau bercakap diolah yang paling handa.. 

Orang kampung semuo gerun.. sampai yang yang bosa jadi kocik..

Tapi itu semuo cerito si pengampu sajo buek propaganda..

Buek malu.. baru kono sergah badan terus jadi lombik..


Geng Awang Misai Merah namo di sebut..

Badan dio bosa porut buncit penuh lomak..

Alamak! rupo-ruponyer diorang samseng penakut.. 

Bolum kono lanyak dah lari mengadu kek omak...


Misai melintang tigo depa… 

Warna merah kuning hijau semuo ado..

Sekali tengok mulut tengango..

Ingatkan betul la terer.. rupo-ruponyer hadooo…


Namo kumpulan hebat.. misai merah..

Pantang tersentuh sikit.. memang ado yang nak kono patah..

Bilo polis hambat.. tau plak  menangis panggil abah.. 

Orang kampung pakat golak ramai-ramai sampai naik muntah..


Ajak kenduri tak payah di jemput

Bilo makan umang aii bukanlah main banyak...

Harap suaro jer bising mengalahkan motorbot..

Hahaha!! Ini lah yang dinamokan samseng taik minyak…

2 ulasan:

  1. ni pehal lak brpantun ni..kalo lu buat gurindam gua respek..hihihi..

    BalasPadam
  2. sajer jer gua malas nak bergurindam.. takut korang kena migrain plak nanti bilo baco gurindam gua dan tak pasal2 gua kena tahan ISA sebab bergurindam tanpa lesen...

    BalasPadam