KOTA BHARU - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat... - Utusan M'sia..
Berikutan pendedahan sensasi dari Mat Blogger tentang satu operasi sulit gerak saraf blog beliau untuk menjatuhkan kerajaan Tok Lah telah membuatkan kerajaan Tok Nik tidak tidor lena… Mat Blogger yang turut mengaku mempunyai penyakit saraf kelas F turut mendakwa ado pihak yang telah memberi beliau RM 4 juta 80 sen secara ansuran bagi menjalankan operasi sulit tesebut yang turut di taja oleh sebuah syarikat judi laga ayam katik dari kampung Sireh.. dengan pendedahan sensasi Mat Blogger tersebut.. membuatkan ranking blog beliau telah naik secara mendadak hingga ketahap bahaya..
Baru-baru ini gua telah mendapat maklumat dari Mamud Security.. di mana beliau mendedahkan bahawa John Dempong seorang tokey minyak gamat dari Sudan telah memperuntukan RM26 juta kepada blog Penanggah untuk menjalankan satu operasi sulit bagi menguruskan urusan jual beli telaga minyak gamat blok N dan O kepada Zimbabwe.. ini adalah salah satu tindakan susulan setelah usaha beliau untuk mendapatkani telaga minyak urut di blok L dan M telah gagal kerana telaga tersebut terlebih dahulu telah dirembat oleh kerajaan Brunei…
Dan juga berdasarkan intipan selama seminggu di sebuah gudang belacan di Balik Pulau minggu lepas.. GPS gua telah berjaya mengesan satu operasi sulit.. dimana blog Penanggah juga telah diupah oleh abang Jimon dari syarikat apam balik Keramat untuk menjatuhkan kerajaan Obama di Amerika.. abang Jimon turut meminta bantuan dari blog Penanggah untuk menjalankan satu operasi gerak saraf bagi membantu pakcik Usin Romeo mengurat Akak Leha tokey kosmetik terkenal Makcik Dara... beliau turut berjanji akan menanggung segala kos rawatan termasuk duti kastam serta makan minum dan awek dangdut yang dianggarkan lebih kurang RM80 juta..
Dengan pendedahan gua ini diharap pihak SPRM dari syarikat Mamud Security dapat menjalankan satu siasatan secara rambang dan sambil lewa.. agar pihak yang tidak bersalah dapat di di bawa kemuka pengadilan serta disabitkan dengan kesalahan dan dihukum dengan hukuman yang berat dan tidak setimpal agar perkara ini akan menjadi pengajaran kepada blogger-blogger yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang boleh menggugat kejituan semangat 1M’sia.. dengah pendedahan gua ini juga telah membuatkan ranking blog Penanggah yang entah apo-apo itu telah naik mendadak sehingga ketahap cipan dan berjaya menduduki top ten carta Billbord dan carta Hit 1 dari RTM 1..
* Alamakkkk!!! Sorry la SPRM.. disini gua ingin menarik balik pendedahan ini kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.. bukan apo.. sebab gua tak perasan yang blog Penanggah ni adalah blog gua sendiri… takan gua nak lu siasat gua.. mati la gua.. kalau lu nak siasat lu siasat la blog manhassan.blospot ker.. blog kampung gua kampungbatangrokan.blogspot ker.. dengar-dengar diorang pun banyak gak dapat job pasal saraf-saraf ni termasuk job operasi urat saraf dan sampah sarap..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan