KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.. - Utusan M'sia
Cayaalahhh!!!.. mungkin belum terlambat lagi untuk gua ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan 1'Msia kerana begitu peka dan prihatin diatas desakan dan impian rakyat di negara ini untuk berjudi bola di sepanjang kejohanan Piala Dunia di Afrika bulan depan.. diatas keprihatinan tanpa pilih kasih itu juga pihak kerajaan dengan gembiranya telah menubuhkan satu badan bertindak bagi meluluskan lesen judi bola kepada Benson Tan dari syarikat Berjoyo Group bagi merialisasikan impian rakyat 1M'sia untuk berjudi secara halal dengan lebih tenang dan gembira..
Keprihatinan pihak kerajaan 1Msia terhadap rakyat di akar umbi untuk berjudi juga semakin terserlah kerana diberitakan mereka turut meluluskan acara judi bola pingpong.. bola ragbi serta bola tenis bagi memudahkan rakyat 1Msia untuk berjudi dengan lebih meriah tanpa ragu-ragu dan dijamin halal.. dan jika tiada halangan dan bantahan dari parti pembangkang mungkin judi bola takraw akan turut tersenarai didalam pesta judi Piala Dunia yang hanya berlangsung tidak lama lagi itu..
Seorang kaki judi tegar yang tidak ingin dikenali berasal dari Sungkai yang sempat ditemui oleh spy Penanggah ketika sedang asyik menyabung ayam katik menyatakan beliau begitu terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan 1M'sia diatas kelulusan judi bola tersebut dan berharap pihak kerajaan dapat memasukkan acara laga ayam katik kedalam senarai judi halal tersebut bagi memudahkan beliau bersama penduduk kampung untuk berjudi dengan lebih ganas tanpa gangguan pak polisi..
Spy Penanggah turut berjaya menemubual seorang bookie judi bola haram yang begitu berjaya disaat ini iaitu Nuek Haikal (psstt.. bukan nama sebenar..) bagi mendapatkan pandangan beliau diatas kelulusan judi bola sepak halal tersebut.. menurut Nuek Haikal.. beliau tidak terasa tercabar diatas kewujudan judi bola halal tersebut dan menganggap itu adalah satu persaingan sihat dalam dunia perjudian..
Malah beliau awal-awal lagi telah mengatur satu strategi yang agak gempak bagi menghadapi persaingan dengan judi bola halal tersebut iaitu dengan mengadakan satu judi haram yang lebih mencabar dengan mengadakan peraduan teka kacang dalam botol.. teka umur kambing gurun.. teka berat pengadil dan teka sapa yang kena kad merah pertama dengan hadiah yang begitu lumayan.. iaitu enam ekor tapir jantan.. menurut Nuek Haikal lagi beliau sekarang ini sedang berusaha dengan gigih untuk mencapai tahap ISO40000 bagi memudahkan beliau memohon lesen halal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan