KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group.. - Mingguan M’sia..
Alamakkk potong stim betul laa!!!! baru jer minggu lepas gua puji korang tinggi melangit sampai lubang hidung korang kembang dua inci.. tapi minggu ni dah jadi lain plak.. apa la korang ni suka buat keputusan flip flop.. sekejap nak bagi rakyat berjudi sekejap nak kaji.. skejap nak teliti.. apa korang ingat rakyat 1M'sia ni sengkek sangat ker takdo duit ko nak berjudi.... kalau korang nak tau.. walaupun gaji gua ciput tapi gua awal-awal lagi dah asingkan duit gaji gua bulan lepas untuk nak buat modal berjudi bulan depan.. mano la tau silap-silap haribulan gua bleh jadi jutawan.. haa!! maso tu Bensen Tan tak bleh la nak berlagak dengan gua lagi.. banyak cakap Berjoyo Group dengan dia-dia skali gua beli..
Gua pun tak paham.. apa hal la korang susah-susah nak kaji atau nak tengok dulu reaksi orang ramai tentang benda ni.. apsal masa bagi kelulusan lesen dulu korang tak nak kaji dan fikir masak-masak.. alaa gua tau la korang semua pun ado hati nak bejudi gak tapi segan nak bagi tau kat rakyat 1M’sia ni yang korang pun taik judi cam gua... alaaa apa laa yang korang takut sangat dengan parti pembangkang.. diorang protes atau bising bising-bising tu pasal diorang takdo duit nak berjudi.. takpo nanti korang buat la satu tabung atau skim pinjaman untuk kaki-kaki judi tegar sebagai satu kemudahan untuk rakyat yang tak da duit nak berjudi macam gua ni haa.. haa baru la gempak..
Tapi camno pun gua tak kisah laa ado ko tidak judi bola halal ni.. sebab guanyer member si Nuek Haikal seorang pakar bookie judi bola haram yang begitu ganas dan licik di sekitar Cheras yang turut dibantu oleh Mat Bro dari syarikat judi Teka Kacang Sdn.Bhd akan memberikan perkhidmatan 24 jam kepada gua serta penduduk sekitar yang ingin berjudi bola haram tanpa ragu-ragu dan was-was.. hadiah pun bleh kira lumayan gak..
Malah mereka berdua turut berharap agar pihak kerajaan dapat menarik balik lesen judi bola halal tersebut seberapa cepat yang boleh.. agar perniagaan judi bola haram mereka dapat berkembang dengan lebih pesat dan seterusnya dapat melingkupkan syarikat judi Benson Tan dari Berjoyo Group.. pemilik kedai rangkaian judi Semput Toto tersebut dengan lebih cepat lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan