Jumaat, 30 April 2010

4 JUTA PUN MAU KECOH!!..


KOTA BHARU - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan. Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya .... - Utusan M'sia.

APA la lu Kickdefella... baru dapat 4 juta pun lu nak bising ker... lu jangan buat malu dengan persatuan blogger 1M'sia.. blogger lain dapat 16 juta pun tak bising.. ini baru dapat 4 juta lu dah sasau separuh koma.. cubo lu tengok blogger manhassan.blogspot.. tahun ni jer blog beliau dapat peruntukan 8 juta rupee dari kartunis Maro untuk menjalankan satu operasi sulit bagi menjatuh serta melingkupkan perniagaan Mamak Cyber di Pandan Indah..

Untuk blogger Kickdefella.. kat sini gua nak nasihatkan lu .. kalau lu jumpa orang yang upah lu 4 juta tu.. lu tarik jer telinga mamat tu.. ado ker patut dio bagi lu 4 juta.. itu dah kira menghina persatuan blogger sedunia tu.. sekarang ni register namo pun dah kena bayar 3 juta tau.. kalau masuk servis charge ngan duti kastam pun mau jejak 5 juta.. sah-sah la lu dah kena tipu.. padan la dengan muka lu..

Tapi camno pun gua sedih gak.. blog Penanggah tahun ni dapat skit jer peruntukan.. ado la 10 juta..  tak macam tahun-tahun sebelum ni..  tahun lepas jer gua kira-kira dekat-dekat gak 28 juta.. tapi maso tu banyak job masuk.. paling mencabar ialah bilo blog Penanggah di upah oleh Pakpong Kamprong ketuo kampung Mat Insun untuk menjatuhkan Thaksin.. kalau ikutkan maso tu dio nak bagi 12 juta jer.. tapi bilo gua kilas tengkuk mamat tu dan dia tengok pakej yang kitorang tawarkan baru ler dio setuju bagi 28 juta.. perghhhh!!! kayo pakcik sekojap..

Tahun ni projek blog Penanggah agak slow skit.. ado la dapat job kecik-kecik kelas F.. alaa stakat diorang upah merembat tiang gol kat padang sekolah.. pegi mengecohkan majlis cukur jambul anak ketuo kampung Langkap.. paling hebat tahun ni pun blog Penanggah dengan cemerlangnyer telah berjaya membuatkan duo orang calon bebas di pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ni menarik diri.. itu pun setelah spy Penanggah ugut diorang ... kalau diorang tak tarik diri ..spy Penanggah sendiri yang akan masuk bertanding... setelah mendengar ugutan tersebut baru la diorang setuju menarik diri dari bertanding.. tu yang buat Kamalanothing monang tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan