NAMPAKNYA cerita judi bola pun dah makin senyap.. orang ramai pun dah tak ambik port sangat dan gua pun dah malas nak ulas lagi tentang isu ni.. lagi pun Benson Tan dan pihak kerajaan dah masak dengan perangai rakyat 1M’sia ni.. biasa la orang M’sia.. dianyer bising dan paneh sekejap jer.. tapi elok gak tu.. bukan apo nanti kalau bising-bising.. takut pihak kerajaan tetiba plak berubah fikiran tarik balik lesen judi bola halal tu langsung melopong tak dapat nak berjudi.. kan dah rugi..
Namun hari Sabtu lepas spy Penanggah telah di paksa untuk menyertai satu pertandingan judi halal bola ping pong 8 sebelah yang begitu berat sebelah di satu tempat yang dirahsiakan di area Bangi.. menurut pihak penganjur pertandingan tersebut iaitu Abang Dolah Karan.. pertandingan ping pong tersebut diadakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan sistem XCOPOT.. iaitu satu sistem judi terbaru yang di import dari Jamaica dalam pengiraan mata bola ping pong yang lebih mantap dalam menghadapi judi bola sepak halal Piala Dunia minggu depan..
Walaupun team kitorang telah dikelirukan oleh Nuek Haikal seorang broker judi bola haram dari Cheras berkenaan pertukaran tempat pertandingan disaat akhir.. namun diatas kecekapan John Kimbo seorang broker judi ayam katik dari kampung Sireh telah dapat menghidu niat serong Nek Haikal dengan lebih awal.. ini membuatkan Nuek Haikal bertambah geram diatas kegagalan beliau untuk mensabotaj pasukan kitorang.. lalu beliau pun melarikan diri ke JB untuk beristirehat kerana malu..
Perlawanan sengit yang berlangsung hingga ke petang tersebut nampaknya telah berjaya menghiburkan para tetamu dan setiap team yang bertanding.. malah stategi serta perancangan pasukan kitorang untuk dikalahkan dengan begitu mudah telah berjalan dengan begitu lancar tanpa sebarang bantahan.. sehingga berjaya mengelirukan pihak lawan dengan begitu cemerlang dan jitu sekali.. tanpa dapat dikesan oleh sistem XCOPOT..
Perkara ini turut diakui oleh Udin seorang broker judi suara burung terkukur separuh haram dari Jubakar Tumpat yang turut menyertai pertanding ping pong tersebut.. malah beliau yang turut bertaruh sebanyak RM25.70sen diatas kemenangan spy Penanggah begitu terkejut dan hampir tidak percaya di atas kekalahan mengejut spy Penanggah dengan Vell Pari seorang pemandu lari ayam dari Perak.. dalam satu perlawanan yang berlangsung dengan begitu ceria dan harmoni..
Udin yang ditemui ketika sedang bergayut diatas pokok di belakang dewan pertandingan turut melahirkan rasa kecewa diatas kekalahan pertaruhan beliau tersebut dan berjanji akan mencari Vell Pari hingga ke lubang cacing bagi membalas dendam dan menuntut bela diatas kekalahan spy Penanggah tanpa sebarang kompromi... malah beliau turut mengkarate beberapa ekor burung terkukur kesayang beliau sebagai tanda protes diatas kekalahan spy Penanggah tersebut..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan