SETELAH lama sangat bersara dari lapangan sukan.. terutama sukan gasing pangkah.. galah panjang.. congkak dan laga ayam.. akhirnya gua terpaksa akur diatas desakan para peminat yang tenaga dan skill gua memang masih diperlukan untuk menguatkan lagi barisan team futsal kat opis gua... terutama untuk menghadapi sukan musim sejuk antara jabatan yang akan diadakan tidak berapo lama lagi..
Kekalahan 150 berbalas 8 kepada pasukan kilang kicap Usin Dol pada pertandingan akhir futdam (sukan terkini gabungan antara futsal dan dam) yang di padang letak kereta di depan kedai motor Ah Chong di Bangi tahun lepas begitu memeritkan buah pinggang gua.. sehingga hati gua begitu terharu dan terus mengambil keputusan untuk bersara wajib dan meletak jawatan sebagai penyerang berbisa bagi menumpukan kepada acara sukan kegemaran gua iaitu acara jalan itik tujuh sebelah
Bagi menunjuk kepada peminat yang skill gua masih berbisa.. satu perlawanan akhir pertunjukkan amal futsal telah diadakan baru-baru ini antara team opis gua dengan satu team dari Subang disebuah gelanggang berkecuali di Puchong.. yang mana team kitorang turut menjemput beberapo orang member-member lamo untuk membuat pertunjukan lawak slapstik bagi memeriahkan lagi suasan agar dapat menyembuhkan penyakit parkinson para penonton yang hadir..
Belum sempat pengadil meniup wisel permulaan.. team kitorang yang dibarisi oleh Aboboy.. Asri Jony.. Rizal Minggo, Akrun Moses dan Nuek Odigun tanpa segan silu terus meluru untuk melakukan serangan hendap keatas team Subang dan satu gerakan solo oleh Rizal Minggo di luar petak penalti pada minit ke 8 telah dapat ditepis oleh penjaga gol team Subang dengan mudah walaupun ketika itu Rizal Minggo telah berjaya menyiku orang 3 pemain pertahan pihak lawan tanpa disedari oleh pengadil perlawanan..
Dan satu hantaran lintang pukang yang lakukan oleh Aboboy pada minit ke 60 juga gagal dikais dengan kemas oleh Asri Jony.. walaupun pintu gol lawan telah terbuka luas kerana penjaga gol mereka telah keluar sebentar untuk pergi menonton wayang.. masuk sahaja ke minit ke 61.. Akrun Moses yang tidak dikawal telah melakukan satu sepakan lencong dari luar gelanggang namun dapat ditangkap kemas oleh pemain simpanan team Subang dan pengadil perlawan tanpa usul periksa terus memberi enam sepakan penalti kepada team lawan walaupun dibantah oleh Nuek Odigun kerana bola terlebih dahulu telah terkena tangan pemain team Subang..
Walaupun team kitorang telah ketinggalam 118 berbalas 4 pada minit ke 85 separuh masa ke enam.. namun semangat juang kitorang masih belum pudar.. dan sewaktu team kitorang sedang asyik melepak di tepi gelanggang sambil berbual mesra dengan penonton yang hadir... tanpa disedari team lawan telah berjaya menambahkan 20 gol lagi temasuk 7 gol saguhati..
Hati gua semakin panas bila melihat team kitorang seakan-akan menjadi team lauk pasukan dari Subang tersebut.. lalu dengan semangat membara.. sepantas kilat gua pun meluru masuk ke gelanggang untuk mengucar-kacirkan lagi team kitorang.. namun sebaik saja gua melintasi garisan sempadan gelanggang.. pengadil pun terus meniup wisel penamat.. dan maka terselamatlah team Subang tersebut dari amokan gua.. kalau tidak dah tentu mereka akan balik dalam keadaan seribu kekesalan kerana beria-ia sangat hendak menentang team kitorang... namun kitorang masih tetap berbangga kerana berjaya mengekalkan kekalahan buat kali yang ke 16 berturut-turut...
memang truk team lu..baik main enjit-enjit semut ja..mengeluarkan peluh jugak..sihat...
BalasPadamyo dah semuo kaki bangku.. nak harap gua sorang mati laa.. tp x po laa.. yg penting biar teruk tapi menghiburkan.. hahahaaa.. lu klau ado skit sengal2 tulang tu dtang ler tengok kitorang main.. gerenti sembuh..
BalasPadam