Jumaat, 9 April 2010

BESTNYER STEM NAIK HARGA..

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya. Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, menurut kenyataan syarikat itu di sini hari ini. - Utusan M'sia..


Diatas kehendak dan desakan rakyat 1M'sia.. akhirnya pihak kerajaan terpaksa akur untuk menaikkan harga stem di pasaran getah lantun New York berkuatkuasa serta merta anggaran dua tiga bulan lagi..  seiring dengan kenaikan gaji posmen di Uganda Utara sebanyak RM65.35.. kenaikan harga stem ini juga berkait rapat dengan kenaikan mendadak harga sawit di pasaran saham Palong 1 minggu lepas...


Menurut Sudin Gagap yang juga presiden Apco cawangan Bahau mengatakan kenaikan harga stem ini adalah sebagai tanda terimakasih kerajaan terhadap rakyat 1M'sia yang telah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pihak pemerintah sejak tahun 1780 hinggalah ke tahun depan dan beliau jua berharap rakyat 1M'sia dapat bersama-sama menikmati kenaikan harga stem dengan perasaan gembira dan senang hati.. mano la tau tahun depan boleh naik lagi...


Menurut tinjauan rambang spy Penanggah.. harga stem cap sampan masih tetap mendapat sambutan hangat walaupun telah naik sehingga 200 peratus.. yang mana sebelum ini dijual dengan harga siling sebanyak RM250.75 sekilo.. dan mengekori rapat dalah stem cap babun yang ditutup dengan harga RM225.45 sekilo... manakala stem cap musang jebat ketinggalan agak jauh kerana tidak mampu mengejar stem cap sampan dan stem cap babun yang mempunyai enjin dan cc yang agak power..


Menurut posmen Usin merangkap jurucakap pejabat pos kampung Sireh menyatakan pihak kerajaan dan Apco sedang merancang untuk melancarkan satu lagi stem terbaru bersaiz MPV yang lebih macho dan gagah perkasa secara rahsia.. dengan harga yang lebih mahal sesuai dengan pendapatan perkapita rakyat 1M'sia iaitu USD40,000 setahun.. pihak Apco juga secara rahsia turut menempah beberapa ketul karipap pusing dan meehun goreng beserta air sirap dari gerai makcik Leha untuk jamuan para tetamu.. agar majlis pelancaran tersebut berjalan dengan lebih meriah dan gemilang.. 

1 ulasan:

  1. Betul laa...tapi saya pergi pos surat di pejabat pos ukm kampus bangi. Untuk sampul panjang warna coklat stem dalam negeri adalah RM 0.80 dan untuk sampul putih pula RM 0.60. Saya tanya bila naik, jurujual stem cakap 1 Julai 2010. Raya nanti POS akan untung besar dan laporan kewangan tahun 2010, pastinya pos akan untung......takkkk rugi punya. Gua cayalah sama POS dan Kerajaan BN....bukan kerajaan Malaysia tau..sebut betul-betul kerajaan BN.

    BalasPadam