KUALA LUMPUR - Seorang pengkaji makhluk asing tempatan, Ahmad Jamaludin meramalkan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) akan muncul sekali lagi dalam masa tiga bulan ini di ruang udara Lembah Klang. Pengkaji UFO bebas dari Kuala Terengganu itu berkata, kebiasaannya, tiga bulan merupakan waktu maksimum bagi UFO untuk muncul.. - Kosmo
Kelibat kapal angkasa UFO yang di lihat berkeliaran kampung Damansarap lewat petang semalam begitu mengejutkan seluruh warga kampung yang sedang asyik menikmati juadah makan tengahari dimajlis cukur jambul cucu Asan Sahlan yang juga merangkap sebagai penghulu di kampung tersebut.. rombongan UFO itu dikatakan turut melambai-lambaikan tangan kepada semua para tetamu sebagai tanda semangat 1M’sia.. sebelum memecut laju dan terus hilang dari pandangan.. malah terdapat berita palsu dari sumber yang tidak boleh dipercayai menyatakan bahawa rombongan UFO tersebut juga telah dilihat bersiar-siar di Bagan Lalang sambil pekena ikan bakar yang terdapat di situ..
Menurut Suman Gagap yang juga seorang saksi penting kejadian ngeri tersebut menyatakan kepada spy Penanggah bahawa pada mulanya beliau melihat kapal UFO yang berbentuk kapal tangki tersebut mundar- mandir sambil berpusing-pusing diruang angkasa.. lalu melakukan pusingan U di depan One Utama.. sebelum memecut laju dan hilang dalam sekelip mato..
“Umang aii!!.. terkejut betul pakcik tengok kapal UFO tu.. bukan main bosar lagi kalah kapal solam pakcik.. kejadian tu berlaku begitu pantas sampai pakcik pun tak sempat la nak ambik dionyer nombor plate.. yang pakcik ingat kapal tu warna pink.. kat sebelah depan tu ado raga besar..” ujar Suman Gagap bersungguh-sungguh kepada spy Penanggah..
Asan Sahlan yang sempat di temui turut mengesahkan kenyataan Suman Gagap tersebut.. malah beliau turut sempat melambaikan tangan ke kapal tangki UFO tersebut sambil menunjukkan isyarat peace dan UFO tersebut turut membalas lambaian tersebut sambil menunjukkan isyarat penumbuk..
“Mulo-mulo tu pakcik ingat ado orang sajer nak sabotaj majlis cukur jambul cucu pakcik ni.. tapi bilo benda tu semakin dekat baru la pakcik tau inilah dio UFO yang selalu keluat kat TV tu.. dan jugak pakcik ingatkan kok ado orang nak buat cerito Avatar siri tv plak ko kat sini.. kalau ado best dak dapat gak pakcik berlakon jadi rasaksa..” jelas Pak Asan kepada spy Penanggah..
Tapi bilo kapal UFO tu dah main kasar siap landing kat atas bumbung reban ayam pakcik sampai abis smuo ayam-ayam pakcik mati terkejut.. haa tu yang buat pakcik naik hangin.. apo lagi pakcik pun terus la start kapal angkasa pakcik.. lalu pakcik pun terus menghambat UFO tu keliling kampung..” cerita Pak Asan lagi sambil berguling-guling di tepi tangga rumah beliau..
“Abih tu dapak ker pakcik tangkap UFO tu?.. tanya spy Penanggah
“Mulo-mulo tu susah gak la nak kejar.. jauh gak pakcik kono tinggalkan dek kapal UFO tu.. tapi bilo masuk jer kat highway Duke arah ke Gombak pakcik terus tukar giar 21.. apo lagi UFO tu terkejut beruk ler bilo tengok pakcik bleh himpit kapal tangki angkasa dio tu tanpa sebarang masalah.. bilo sampai jer kat Sentul pakcik terus masuk giar 30 dan bedesup pakcik potong kapal UFO tu terus ke jalan Duta.. hahaha.. tinggal la kapal UFO tu makan asap pakcik.. padan muko.. dio tak tau pakcik ni bekas mat rempit kat kampung ni dulu..
“Ehh!! Pakcii ni nak tangkap UFO tu ko atau sajo nak beracing?.. tanya spy Penanggah separuh hairan..
“Laa tu semuo la tu.. mulo-mulo tu memang la niat murni pakcik nak tangkap UFO tu nak mintak ganti rugi sebab diorang dah bunuh semuo ayam-ayam pakcik.. tapi bilo berlaku adegan kejar mengejar tu.. sampai pakcik naik syeh terus jadi lupo diri.. kalau ingatkan menyesal plak rasanyer tak dapat nak mintak ganti rugi dari UFO tu..
“Haa padan laa muko pakcik.. sengal sangat.. macam mano laa orang kampung bleh pilih pakcik ni jadi ketuo diorang..
“ Aii kasar nampaknyer lawak ekau ni Penanggah.. kang dengan ekau plak pakcik hambat dengan kapal angkasa pakcik ni haaa..
kapal angkasa gua trjatuh kat rosswell..krajaan amarika dok wat ujikaji...tensen gua..
BalasPadamguanyer kapal angkaso baru jer tadi masuk bengkel kasi servis.. ingat nak tukar enjin skyline sebab enjin kancil yg ado tu tak berapo power sngat laa.. biaso la kapal 2nd hand..
BalasPadam