Jumaat, 29 Januari 2010

TAK LAA LAJU PUN..


KUALA LUMPUR  - Kita sering melihat di bahagian belakang badan bas ekspres tertera had kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya iaitu 90 kilometer sejam. Tetapi apa yang disaksikan oleh wartawan Utusan Malaysia ketika menyertai operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lebuh Raya Utara Selatan kelmarin, amat mengejutkan. Ia kerana dalam operasi itu, JPJ mengesan seorang pemandu 'pelesit' ke Johor Bahru memandu dengan kelajuan 170 kilometer sejam. - Utusan M'sia

DENGAN penahanan sebuah bas ekspres Seri Punai yang sedang asyik berlumba di Highway Kajang awal malam tadi.. akhirnya pak polisi telah berjaya dengan cemerlangnya menyelesaikan kes kehilangan enjin jet F-5EX5 2500bhp 87.6mghz yang telah hilang dari stor simpanan tempoh hari.. apabila mereka mendapati enjin jet tersebut telah dipasang secara rahsia pada bas ekpres tersebut bagi menambahkan kuasa pecutan sehingga mencapai tahap kelajuan cahaya bersamaan 9.5 skali ricter yang boleh membawa tsunami..

Menurut Sarjan Buncit yang mengetuai operasi tersebut yang turut dibantu oleh Rizal Minggo ketua pertubuhan rukun tetangga Taman Tanming Jaya menyatakan sewaktu operasi tersebut dilakukan mereka telah terserempak dengan sebuah bas yang dipandu terlalu laju sehinga sukar dilihat dengan mata kasar dan tanpa berlengah lagi beliau bersama Rizal Minggo terus mencapai motor kapcai masing-masing lalu terus menghambat bas ekspres tersebut tanpa rasa malu.. 

Tambah beliau lagi.. sewaktu mereka sampai di pekan Kajang.. mereka lihat meter motor kapcai mereka telah mencecah hampir 257km/j dan bas ekspres yang mereka hambat masih mengungguli di hadapan kira-kira 2 km lalu mereka pun dengan pantas terus menukar giar 1 kepada giar 8 bagi menambahkan kuasa pecutan.. ini membuatkan bas ekspres yang menyedari mereka telah diekori terus menukar giar 12 lalu meninggalkan sarjan Buncit dan Rizal Minggo jauh dibelakang.. 

"Pada mulanya kami telah kehilangan jejak tetapi sebaik saja kami lalu di depan sebuah kedai satay Kajang yang terkenal tu.. kami terserempak pemandu bas tersebut sedang asyik melanyak satay tanpa menyedari kehadiran kami.. apo lagi gua pun naik hangin laa.. dah la bawak bas bukan main laju sampai nak tercabut gua punyer spoket nak mengejar.. dah tu makan satay pun tak nak ajak kitorang... tak bleh jadi ni.. apo lagi gua ngan Sarjan Buncit pun oder ler satay 200 cucuk.. sajer jer gua makan kat sebelah driver tu.. dio ingat dio sorang jer mampu makan satay.." luah Rizal Minggo tak puas hati lalu mengeluarkan beberapo cucuk satay yang sempat dirembat dari kedai satay tersebut dari poket beliau..

"Abis tu apsal korang tak tahan jer driver bas tu maso dio tengah syok makan satay kat situ.." tanya spy Penanggah..

"Maso tu mana la nak ingat.. kepalo tengah ingat satay jer..." terang si Rizal Minggo sambil mengunyah satay dengan lahapnyer...

"Abis tu macamano plak yang korang bleh tangkap si driver bas tu" tanya spy Penanggah lagi ingin tahu..

"Perrghhh!!.. kalau ikutkan panjang crito dio ni.. abis jer kitorang makan satay.. kitorang pun sambung balik la adegan kejar mengejar separuh ngeri tu.. masuk jer highway Kesas gua tengok bas ekspres tu dah berdesup.. gua agak-agak pun mau 370km/j.. apo lagi gua ngan sarjan Buncit pun tak bagi can laa.. gua terus masuk giar 21.. zaassssss.. gua terus buat aksi superman dan gua tengok Sarjan Buncit kat belakang plak buat aksi spiderman.. keadaan makin ngeri.. sampai kat simpang Gombak gua dapat tangkap ekor bas tu.. gua pun apo lagi.. terus jer gua karate tayar belakang bas tu dan sarjan Buncit plak tak bagi can terus jer menyiku lampu brake.." cerita rizal Minggo dengan penuh perasaan..

"Suspen gak cerito korang ni.. abis tu apo yang berlaku.." tanya spy Penanggah tak sabar-sabar..

"Mula-mula bas tu tak nak berenti.. masih lagi nak ajak race.. gua yang dah naik hangin ni apo lagi.. dapat jer gua himpit bas tu.. gua terus gigit dionyer sport rim 14 inci tu.. tu yang buat dionyer diver hilang kewarasan terus terbabas masuk dalam sungai Gombak... chek punyo chek patut la bas ni laju semacam.. dio pakai enjin jet F5-E Skyhawk ruponyer.. tapi tu smuo tak menjadi masalah kat gua sebab guanyer motor kapcai pun pakai enjin kapal solam..'' cerito Rizal Minggo beria-ia separuh bangga..

"Apo la lu ni.. asyik lu jer nak becerito.. bagi la can kat gua nak cerito plak.." Sarjan Buncit tetiba mencelah..

"Tak mau la.. crito ekau tak best.. banyak sangat iklan.." jelas spy Penanggah lalu terus meninggalkan Sarjan buncit terkebil-kebil..

"Kurang ajau luuu Penanggah"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan