BATU PAHAT - Kewujudan budaya 'cah keting' dalam Pas membuktikan parti tersebut tidak mempraktikkan ajaran Islam sebenar, malah lebih teruk daripada UMNO yang dicemuh selama ini. Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia nyata serius sehingga memaksa Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa khusus memohon perlindungan - Utusan 'Msia
Pergeseran yang berlaku antara geng Pok Nik dengan geng Kolenal Mat yang telah berlarutan hampir 100 tahun itu.. yang sebelum ini dilihat semakin sejuk.. tiba-tiba menjadi semakin panas semula sejak seminggu dua ini apabila terdapat penyokong Pok Nik yang tidak berpuas hati.. apabila ada segelintir penyokong Kolenal Mat yang cuba men’cah keting’kan mereka dari memasuki pertandingan ayam katik cun 9 sebelah.. bagi merebut piala pusingan YB Dato’ Mat Yeh peringkat suku akhir zon Machang baru-baru ini..
Bibit-bibit permusuhan ini mula tercetus apabila terdapat beberapo pemain import dari geng Kolenal Mat dilihat cuba menipu sewaktu sewaktu pertandingan tersebut… apabila mereka menggunakan tabung ayam dan sardin cap ayam bagi menentang ayam katik dari kumpulan Pok Nik yang sebelum ini adalah juara bagi kategori ayam katik kacak bergaya di daerah tersebut selama 12 tahun berturut-turut...
Namun usaha penipuan tersebut telah dapat dihidu dengan begitu kemas oleh pengadil import perlawanan iaitu Pak Braim dari persatuan Abang Perkasa Semenanjung yang ketika itu sedang syok bermain dam ular bersama-sama penyokong Pok Nik di tepi pintu stadium bagi mengadili pertandingan tersebut dengan lebih jelas.. jitu dan tanpa cah keting....
Malah Pok Nik turut mendakwa terdapat segelintir penyokong Kolenal Mat cuba memfitnah beliau dengan menyatakan bahawa ayam katik yang beliau beli secara tunai di bazar Tok Guru tersebut bukanlah ayam katik yang original tapi adalah ayam katik yang kaburetornya telah diubah suai.. malah dengan fitnah tersebutlah menyebabkan ayam katik Pok Nik gagal untuk memasuki pertandingan ayam katik cun kategori 75kg keatas.. dan lebih mengecewakan lagi ayam katik beliau hanya mampu mendapat tempat ketiga bagi acara ayam katik kurang cun kategori 25kg kebawah..
Melihatkan kekalahan mengejut tersebut.. membuatkan penyokong Pok Nik begitu kecewa.. malah hampir-hampir saja berlaku adegan jeling-menjeling yang agak ganas antara kedua penyokong.. dan ini menyebabkan Pak Braim selaku pengadil perlawanan terpaksa memberhentikan perlawanan tersebut pada minit ke 30 waktu kecederaan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah..
Bagi meredakan keadaan.. Pak Braim meminta Pok Nik agar bertenang dan berdoa agar mereka yang men’cah keting'kan beliau mendapat balasan yang setimpal.. lalu Pok Nik pun berdoa… dengan tiba-tiba semua ayam katik dari kumpulan Kolenal Mat telah bertukar menjadi katak puru.. ini membuatkan Pak Braim terkejut beruk dan hampir sawan.. setelah waras semula Pak Braim pun meneruskan semula pertandingan tersebut tetapi dengan menukar acara pertandingan ayam katik cun tersebut kepada acara katak katik cun 5 sebelah secara sistem kalah mati..
Ini membuatkan Pok Nik serta penyokong beliau bertambah kecewa kerana mereka tidak mempunyai katak puru untuk menyertai pertanding tersebut.. berasakan diri beliau seperti telah di tipu dan di 'cah keting'kan oleh Pak Braim.. maka Pok Nik pun berdoa.. dengan tiba-tiba Pah Brahim pun bertukar menjadi katak puru albino yang agak keputih-putihan.. melihat kejadian ngeri tersebut membuatkan semua penonton bertempiaran meninggalkan stadium.. malah para penyokong dan peserta dari kedua-dua pasukan turut meninggalkan stadium untuk mencari pengadil yang baru bagi menggantikan Pak Braim yang telah bertukar menjadi katak puru tersebut..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan