Sabtu, 16 Januari 2010

VOA YANG SENGAL..


MELIHATKAN terlalu ramai pelancong asing terutama dari India, China dan Afrika yang menyalah gunakan VOA sesuka hati sehingga ada yang tak nak balik ke negara asal akibat terlalu taksub dengan awek-awek cun kat sini... telah membuatkan Abang Mat Perkasa seorang guru silat lompat katak kapunden hilang sabar.. 

Beliau yang juga presiden kelab rekreasi Abang Perkasa Semenanjung selama 50 tahun menang tanpa bertanding telah menunjukkan kemarahan beliau yang begitu jitu dengan mengamok di depan KLCC pada awal pagi tadi.. sehingga telah berjaya menakutkan beberapo orang pelacong asing yang sedang melepak-lepak disitu.. malah kemarahan beliau yang bersahaja tersebut juga turut berjaya menaikkan tahap kolestrol dalam darah beliau hingga ke tahap 10.25 meterpadu... iaitu tahap amaran bahaya..

Beberapo orang penduduk Kampung Baru yang kebetulan berada disitu yang turut tidak mempunyai visa-maso-sampai (VOA) dilaporkan telah berjayo cabut lari sehelai sepinggang.. sebelum sempat dihambat oleh Abang Mat Perkasa yang tiba-tiba naik hangain sebelum bertukar menjadi Ben Ten.. lalu mencabut beberapo batang pokok ketapang yang turut berada disitu..

Sebaik saja menerima berita tersebut.. Spy Penanggah yang kebetulan sedang berjoging dikawasan berhampiran bagi mengurangkankan kolestrol dalam badan.. terus meluru ketempat kejadian untuk melihat sendiri amokan Pak Mat Perkasa yang dikatakan begitu hebat sehingga boleh bertukar menjadi Sinchan dan Doremon tersebut..

"Sabar pakcik.. sabarrr.. bawak betenang.. ingatkan tuhan.. takan pasal visa ni  pakcik nak mengamok tak tentu pasal.. pakcik tak malu ko bilo orang semuo berkumpul tengok pakcik mengamok.. besilat tak tentu hujung pangkal.. sebonarnyer VOA tu penting pakcik.. kalau takdo bondo tu kito semuo tak boleh nak balik berayo kat kampung.." ujar spy Penanggah separuh berleter sebaik sahaja bertemu Pak Mat Perkasa yang tidak berapo macho tersebut yang dilihat sedang mundar- mandir ditempat kejadian..

“Sabar.. sabar... betenang apo ni..? VOA laa.. visa laa.. apo kebondo ni haa.. sepatah haram pakcik tak reti apo yang ekau cakap.. visa apo pulak ni haa.. tapi kalau lagu Dalam Gerimis kumpulan Visa tu tau la pakcik.. biaso pakcik nyanyi lagu ni kat karaoke rumah orang kawin.. kalau ekau nak dongar boleh la pakcik tarik se chorus duo..” ujar pakcik tersebut separuh heran lalu menyanyikan lagu tersebut dengan penuh kesumbangan..

“Dahh.. dahhh cukup-cukup la tu pakcik.. lagi lamo pakcik nyanyi mau ado yang mati kono sakit jantuk plak nanti.. dah la suara macam tapir..  aiii.. bukankah pakcik ni Pak Mat Perkasa yang bukan main marah tentang VOA duo tigo hari ni dalam surat khabar.. takkan pakcik tak tau apo kebondonyer VOA tu..

“Ekau dah salah orang dah ni.. malu la sikit datang ramai-ramai ganggu kito sorang.. eden ni bukanlah Pak Mat Perkasa yang boleh bertukar jadi Ben Ten yang ekau banggo-banggokan tu.. eden ni sebonarnyer Pak Mat Perkasam.. tokey ikan perkasam.. yang ekau memokak pasal visa la.. VOA laa ni apo hal.. nak boli ikan pekasam pakcik ni tak payah nak bervisa visa bagai.... aiiii geram jer pakcik.. kang ado plak yang kono libas ngan jurus telapia pekasam pakcik ni haa.."

"Laaa salah orang rupernyer.. sorry la pakcik pekasam.. jangan la nak mengamok plak kat sini.. anggap la ini semuo cuma kesilapan teknikal jer pakcik." balas spy Penaggah terus blah meninggalkan pakcik pekasam membebel sendirian untuk mencari Pak Mat Perkasa yang sebenar..

2 ulasan:

  1. Voa... itula yg merisaukan eden. pasai semua makhluk bulih masuk 1 malaysia, cik boya pun mau tompang ompek kaki bersior-sior di PD...

    Camno nak pi mandi ni...

    BalasPadam
  2. cehh!! sebenarnyer pak boya tu adolah pelancong tegar yang mencroboh dari sungai linggi dionyer voa pun dah sminggu tamat tempoh.. tp x per mngkin kito akan memberi boya tu taraf penduduk tetap x lamo lagi..

    BalasPadam