ENTAH di mana silapnya, empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di tangan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam. Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa - putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. - Utusan M'sia
Petang semalam sewaktu gua tengah syok bekerja kat opis.. tiba-tiba gua terima satu sms yang menyentap perasaan yang berbunyi… ‘Tok Imam.. orang rumah dia.. Amau dan adiknyer dah meninggal dunia’.. “Aii.. apa hal la plak ni.. ahh!! tak mungkin laa empat orang skali.. ..” getus hati gua membaca sms yang menjadi tandatanya tersebut.. sebab tidak memberitau punca kejadian... dan tak lamo kemudian satu panggilan menyusul dari seseorang untuk memberitahu berita yang samo.. memang sah laa kes bunuh..
Hati gua tetiba menjadi berbaur-baur.. berdebar pun ado.. sedih.. geram.. marah… takut pun adok gak.. ini bukan apo sebab semuo mangsa tersebut adalah wajah-wajah yang gua kenali kira agak rapat jugak la.. kira keluarga mangsa dan keluarga gua dah boleh dianggap macam sedaro sendiri.. dan arwah yang kitorang satu kampung panggil Tok Imam atau Atok Atan tu adalah bekas ketuo kampung merangkap bekas imam kitorang satu waktu dulu.. hati gua turut tertanyo-tanyo.. siapakah yang punya angkaro ni..
"Entah-entah ni mesti kojo mat pet.. nak menyamun.." gua cuba berspekulasi..
Untuk mendapatkan lebih kepastian apo yang berlaku.. gua pun talipon adik gua kat kampung.. kebetulan dio pun sedang berada kat tempat kejadian..
“Ehh!! betul ko apo yang berlaku tu..?” tanyo gua..
“Betul laa.. diorang kena bunuh.. Atok Atan ngan nenek kena tikam kat dalam rumah dio dan yang Amau ngan adik pompuan dio meninggal kat dalam rumah mak dio kat sebelah tu.. polis pun masih ramai kat dalam sebab ado mangso yang kena tetak sampai putus tangan dan kepalo..” jelas adik gua serba ringkas..
Mendengar cerito tersebut... hati gua menjadi sayu.. tak sangka begini akhirnya kisah perjalanan kehidupan mereka kat dunia ni.. berakhir dengan tragedi yang menyayat hati.. akhirnyer malam tu pihak polis telah mengenal pasti yang salah sorang mangsa yang terputus kepala tersebut bukanlah si Amau seperti yang di khabarkan tetapi ayah beliau yang kitorang panggil Acik Mail.. manakala si Amau telah gaib entah kemano.. hilang bersamo kepalo mangso..
Untuk perkaro ni.. gua tak nak la bercerito atau berspekulasi tentang kes yang sedang berlaku.. biar la polis yang siasat.. tapi yang gua pikir.. apo la yang nak jadi dengan dunia kito sekarang ni.. nyawa dah menjadi begitu murah seperti dah tak ado nilai.. pembunuhan dan bermacam-macam jenayah yang lain dah jadi macam perkara main-main.. sifat-sifat kemanusian dah semakin jauh dari hati..
Bagi gua.. tiada siapa pun skarang ni boleh mengatakan beliau berada dalam keadaan selamat kerana perkara ni bila-bila boleh berlaku kepada kita dan keluarga kita dimana sahaja tanpa disangka.. walau kat dalam rumah kita sendiri.. ini adalah kerana setan dah semakin ramai dan kemanusiaan dah semakin pupus hati manusia..
Untuk keluarga mangsa terutama sahabat gua Jebat yang telah kehilangan ayah.. adik.. atok dan nenek dalam tragedi tersebut.. disini gua ucapkan salam takziah.. anggap la ini semua takdir dan dugaan dari Allah.. dan ini jugak adalah peringatan untuk kito semuo.. al-Fatihah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan