Khamis, 4 Februari 2010

AII YAA.. PASIR PUN LU KASI REMBAT KAA???..


IPOH - Dua lagi kakitangan agensi kerajaan yang disyaki terlibat dalam skandal kelulusan permit mengeluarkan pasir di Kuala Kangsar, ditahan reman di sini hari ini. Penahanan kali ini melibatkan seorang Juruteknik Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar (PTDKK) dan Pembantu Teknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Kangsar. - Utusan M'sia


Kehilangan beberapo kampit pasir sungai secara mengejut di kampung Sungai Lukut duo hari lepas begitu menggemparkan seluruh warga kampung.. malah penduduk kampung di Bukit Pelanduk dan Bukit Tapir yang tidak terlibat langsung dalam kes ngeri tersebut turut sama merasai gegaran diatas kehilangan tersebut... malah mereka turut berkabung serta melakukan mogok lapar sebagai tanda protes diatas kehilangan pasir yang amat mereka sayangi tersebut...


Menurut pakcik Osman Bakar.. salah seorang penduduk kampung Sungai Lukut yang sempat spy Penanggah temui menyatakan.. beliau turut terkejut separuh koma dan berasa teramat sedih diatas kehilangan pasir tersebut kerana kejadian ngeri ini adalah kes yang pertama kali berlaku dikampung tersebut.. malah hubungan penduduk kampung dengan pasir-pasir sungai tersebut adalah begitu akrab sekali.. ibarat aur dengan tebing.. cubit peha kanan. peha kiri turut berasa sakitnyer....


Menurut cerita pakcik Osman Bakar lagi.. yang juga seorang pelari pecut di kampung tersebut dan pernah memenangi 18 pingat emas dan 28 pingat perak serta sekarung pingat gangsa.. serta pemegang rekod 12 tahun berturut-turut acara lari kejar mengejar 4x50,685 meter berhalangan dalam sukan rakyat yang diadakan di kampung tersebut tahun lepas menyatakan.. dari siasatan awal beliau bersama Sarjan Buncit mendapati.. segala angkara durjana ini berkemungkinan adalah kerja orang dalam atau mereka yang tinggal didalam sungai tersebut...


Ini adalah kerana mengikut kesan tapak kaki dan cap jari yang ditinggalkan.. mereka ini adalah seseorang pakar kaji pasir serta tahu selok-belok tentang kedudukan pasir yang terdapat di dalam sungai tersebut.. malah kebanyakan pasir yang berjaya dirembat oleh malaon ini adalah jenis pasir kimbus iaitu sejenis pasir yang agak cun.. gebu.. bulat dan berkilat ketika disinari mentari..  

Mengikut laporan dari bursa saham pasir di Tokyo menyatakan harga siling pasir kimbus yang termasuk dalam senarai harga kawalan ini dikira agak mahal.. kira-kira RM25 hinggit sekilo.. malah harga pasir kimbus ini boleh mencecah hingga RM55.20 sen sekilo jika mencapai tahap masak ranum dan pasir ini juga amat sesuai untuk di buat keropok lekor serta gulai masak lomak cili api campur ikan kembung.. umangggaiiii memang melotop.. sehingga mampu mengegarkan kepalo otak dan menyembuhkan penyakit sengal-sengal tulang keting...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan