Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA & 5 TIP SEMPOI


TUP TAP.. tup tap.. dah nak habis pun bulan Ramadan.. dah nak beraya pun kita.. begitulah sekarang masa begitu pantas bergerak dan sempena smangat raya yang dah meresapi jiwa spy Penanggah.. maka kali ni spy Penanggah cuba ler nak merapu panjang skit.. lagi pun nanti lambat lagi la korang nak baca kisah merapu dari blog Penanggah ni.. bukan apo spy Penanggah pun nak beraya jugak.. tau jer ler kampung pun jauh.. sedara mara smuo duduk luar negara.. yang duduk kat London pun dah 13 orang.. blum lg yang kat USA.. Perancis  ngan Tokyo… mano yang duduk kat Uganda dan Kenya tu spy Penanggah buat tak kenal jer la.. apo kelas berayo kat situ… stakat nak tengok kudo belang ngan dubuk.. kat zoo sini pun ado.. tapi camno pun rayo pertamo spy Penanggh akan berayo di N9..  dan di harap korang selamat letih membaca artikel yang panjang lebar entah apo-apo ni..



5 Tip sempoi berjimat dimusim raya


Korang pun paham jer ler.. nak raya ni duit mengalir dah macam air.. kalau mengalir masuk poket takper ler jugak.. ni mengalir bukan lagi laju nak kluar.. ader jer benda nak dibeli dari persiapan kain baju sampai ler bab kuih-muih.. smuo nak di di beli.. dah tentu ler nak pakai duit.. kalau boleh pakai daun pisang tak per ler.. kat sini gua nak bagi korang tip sempoi cara nak berjimat musim raya ni..


1. Masak ala kadar - Masa pegi shopping raya kat pasar tu jangan ler beli barang banyak2..  ayam tu beli le sekor dan daging tu sekilo.. maso masak kari tu buat ler kuah banyak-banyak dua tiga periuk.. masa diorang datang beraya tu buat ler cucur kodok makan ngan kuah kari.. kan dah jimat.. ataupun tetamu yang datang tu korang hadkan kepada sorang dua ketul kuih dan setengah gelas air sirap.. bayangkan berapo banyak yang korang boleh jimatkan kuih raya dan air sirap korang..


2. Hadkan tetamu - Kalau rasa bajet raya korang tahun ni ciput tak mampu nak buat besar2an apakata korang hadkan kedatangan para tetamu.. sebelum raya tu cuba ler korang bagi2kan kupon kat saper yang korang ajak datang rumah.. mana yang datang takda kupon apo lagi korang perambat jer ler.. kalau nak cantik lagi.. apo kata korang jual ler tiket masuk kat pintu pagar.. saper yang nak masuk beraya tu kena ler beli tiket dulu.. dengan camni korang pun boleh dapat duit sampingan..


3. Tiada duit raya - Amacam tahun ni korang buat satu perubahan drastik.. budak2 yang datang beraya tu korang tak payah nak bagi duit raya.. apakata tahun ni budak2 yang datang tu korang bagi kuih raya ngan air sirap.. bungkuskan dalam plastik dan bagi sorang satu.. dengan camni takda ler pembaziran kuih raya yang korang beli berlambak2 tu..


4. Rumah tertutup - Kat pintu pagar tu buat ler signbord anjing garang ker.. awas penceroboh akan ditembak atau aper saja yang menunjukkan korang takda kat rumah.. bila diorang baca signbord tu dah tentu diorang rasa gerun nak singgah beraya.. jimat ler air sirap ngan lomang korang.. 


5. Ceriakan suasana - Semasa tetamu sedang asyik menjamu selera dengan rakus tu pasang ler lagu-lagu raya supaya majlis menjadi lebih meriah dan ceria.. tapi jangan ler pasang pelahan sangat.. kalau pasang lagu tu pasang ler kuat-kuat.. habiskan volume tu sampai bergegar tiang rumah.. sampai nak berborak pun tak dengar.. dan untuk nak tambah lagi kemeriahan korang bakar ler mercun atau meriam buluh dalam rumah tu.. lama kelamaan tetamu pun jadi tension dan cabut lari.. selamat ler kuih raya dan ketupat korang.. 


* Haaa amcam bernas tak idea gua ni macam padi bernas.. tapi awas jangan ler sampai mak bapak atau mentua datang pun korang buat cam ni.. memang nahas ler jawabnyer.. jangan harap ler korang nak dapat harta pusaka..



Selamat Beraya Sakan


Akhir sekali disini seblum kita smuo bercuti panjang dan meraikan hari yang mulia ni.. kat sini gua nak sampaikan duo tiga rangkap pantun raya yang mencongkan jiwo.. pantun ni dicipta ketika gua sedang merayau-rayau di Masjid India minggu lepas sambil mengusya awek.. sambil korang melayan tetamu atau tengah melayan lemang atau ketupat rendang tu boleh ler korang menghayati pantun gua ni.. kalau korang nak bagi meriah lagi.. boleh ler korang berbalas pantun ngan para tetamu yang datang kerumah korang tu.. silakanlah 1..2..3.. mulaa…


Chef Kimbo menyiang ikan

Nak masak lomak sambal berlado

Slamat rayo Penanggah ucapkan

Buat smuo pembaco dimano berado


Masak lomak sambal berlado

Campur dengan cili api

Kalau tetamu dah mengado-ngado

Jangan ditunggu.. hambat ngan kayu api..


Dapek duit rayo betimbun-timbun

Hendak disimpan didalam poti

Ribuan maap minta diampun

Andai ado yang teraso hati..


* Haaa.. apo lagi jawab laaa kalau berani.. kalau tak tau mano nak dijawab.. korang letak jer tanda soal kat ujung pantun tu..

1 ulasan:

  1. bgus jgk idea hang..Ceq nk try la..hee!
    SELAMAT HARI RAYA..MAIN MERCUN BYK2!

    BalasPadam