Rabu, 16 September 2009

BERBUKA DI SUNGAI RASAU...BESTNYER..


WALAUPUN sejak kebelakangan ni spy Penanggah begitu sebuk menguruskan masalah perebutan hakcipta tarian pendet.. kudo kepang dan tempe goreng yang begitu menegangkan hubungan yang tak tentu hala antara KL-Jakarta dan Jakarta-Bangladesh.. sehingga hampir-hampir berlakunyer adegan siku-menyiku antara penyokong tegar kedua-dua  pihak.. namum itu semua tidak menghalang atau memberi kesan kepada pihak spy Penanggah untuk turut menghadiri majlis berbuko puaso bersamo penduduk kampung Orang Asli Sg. Rasau Hilir/Hulu yang terletak di Puchong baru-baru ini.. sebenarnyer spy Penanggah pun tak tau kat tengah-tengah bandar ni tetiba ado plak kampung Orang Asli..


Spy Penanggah yang hadir bersama Ambo.. wartawan Mastika atas undangan karpet biru belang kuning dari majalah Wanita terbitan Utusan Karya untuk bersamo-samo menyerikan majlis tersebut.. turut tidak mensia-siakan harapan diorang dengan menunjukkan skill-skill terbaru kepada penduduk kampung cara-cara mengacau bubur lambuk yang sebenar.. keangkuhan spy Penanggah makin menjadi-jadi bila beliau mengacau bubur lambuk dengan menggunakan siku… ini membuatkan penduduk kampung dan beberapo wartawan yang hadir begitu terpukau dan terpegun diatas skill spy Penanggah yang berada ditahap tinggi serta tidak terjangkau oleh akal itu…


Walaupun jemputan tersebut hanya jemputan ajak-ajak ayam.. namum itu tidak menjadi hal kepada spy Penanggah untuk melanyak tiga ketul ayam goreng dan melipat duo pinggan nasi berlauk daging.. serta beberapo jenis makanan lagi yang tidak dapat dikenal pasti sebaik sahaja masuk waktu berbuka.. spy Penanggah turut berjaya menghabiskan  beberapo gelas air sirap tanpa sebarang halangan…


Yang kesian ialah sahabat spy Penanggah iaitu Ambo yang begitu taksub untuk menari sewang.. dimana beliau yang telah berlatih serta berguru dengan pakcik Nuek ketuo tok batin Tapah sejak minggu lepas untuk menunjukkan skill beliau sebagai penari sewang yang handal nampak tidak kesampaian kerana acara tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan bulan ramadan.. namun kekecewaan beliau terubat apabila pihak penganjur dengan berat hati telah menghadiahkan belaiu kain batik serta kuih raya..


Disini spy Penanggah ingin mengucapkan ribuan trimo kasih diatas jemputan team majalah Wanita tersebut. andai kata di lain kali kalau ado pesta makan-makan tu jangan ler malu-malu nak ajak spy Penanggah untuk datang menghabiskan makanan yang ado.. pasti tdak akan menghampakan..

3 ulasan:

  1. Tarian sewang...? tarian sewang tu mcm mane... ada mcm iras2 tarian sewel tak... Brader buat la kuliah sikit... mtk si ambo ajar... buat kuliah lepas keje... parking depan tu kan luas...

    BalasPadam
  2. okey jgn risau slipar jepun.. nt bleh la gua paksa si Ambo buat kuliah subuh pasal tarian sewang.. lg pun tarian sewang ni memang memerlukan kawasn yg agak luas paling kurang 3 ekar.. kalau ader makanan lg best sebab sambil sewang kira bleh sewat makanan mengikut rentak lagu..

    BalasPadam