BANGI - Semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan perkara yang mencetuskan provokasi sehingga mengundang bahaya pada diri sendiri. - Kosmo.
Seorang bakal penghulu mukim Langat bernamo Mail Kargo.. merangkap ketuo Tok Batin Bukit Ibam tanpa rasa segan silu telah menasihat para pelajar Malaysia di Indonesia agar tidak mencetuskan sebarang provokasi yang boleh mengganggu menggugat atau memecah belahkan keakraban persatuan pekerja Indon di kilang tempe Wak John.. sewaktu beliau merasmikan majlis pecah tanah bagi menggali sebuah perigi selepas waktu berbuka di kampung Langkap lewat malam tadi....
Beliau yang di jemput khas bagi menjalankan upacara menggali tersebut turut menasihatkan semua pelajar agar tidak memakan tempe atau mi bakso di khalayak ramai atau pun berkuda kepang sewaktu menghadiri kuliah.. ini adalah untuk mengelakkan para pelajar tersebut dituduh sebagai pencuri tempe atau kudo kepang.. dan beliau turut menasihatkan sekumpulan peserta demontrasi yang diketuai oleh Markiman Santoso yang bersenjatakan buluh lomang agar tidak menebang buluh lemang sesuka hati kerana ini akan mengganggu kenaikan saham lomang di Bursa Saham Tokyo yang didagangkan dalam dagangan lengang yang ditutup bercampur-campur..
Markiman Santoso yang sempat spy Penanggah temui ketika sedang bersiar-siar bersama-sama kudo kepang kesayangan beliau yang bernamo Chiko turut akur diatas nasihat Mail Kargo yang bakal bertanding sebagai ketuo penghulu mukim dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang bulan depan.. menurut Markiman lagi..sebenarnyer beliau tidak mengunakan buluh lomang sewaktu berdemontrasi seperti yang digembar gemburkan oleh media barat tetapi menggunakan pokok enau dan batang sawit.. kerana pokok ini kelihatan lebih sadis dan menggerunkan penonton demo..
Bagi mengelakkan menyinggung perasaan penduduk Malaysia.. beliau turut berjanji akan lebih bersopan santun sewaktu berdemontrasi pada masa akan datang.. dengan mengadakan berbagai acara sampingan seperti lari dalam guni.. laga ayam katik.. pertandingan batu serembat.. perlawanan teka kacang lima penjuru dan bermacam-macam lagi acara yang akan diadakan kelak bagi memeriahkan suasan dan dengan itu juga diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan intim antara dua jiran serumpum.. jelas beliau sebelum memecut laju meninggalkan spy Penanggah dengan si Chiko.. kuda kepang kesayangan beliau ..
teringin plak nak tunggang Chiko tu..heeee!
BalasPadamgua pun tringin gak g sembahyang raya naik chiko.. mesti gempak..
BalasPadamNak jugak!
BalasPadamkalo lu bw chiko g semayang raya..msti Chiko bz sain otograf smpai trlpas smayang raya..heee!
BalasPadam