GEORGE TOWN - Sebahagian penduduk Kampung Buah Pala di sini, naik angin dan bertindak menjadi 'perisai manusia' menghalang kerja-kerja merobohkan rumah oleh pemaju sekali lagi di sini semalam. Kosmo..
MAJLIS pecah rumah yang sepatutnyer dilakukan dengan penuh gilang-gemilang.. cemerlang dan terbilang.. akhir tidak kesampaian apabila terdapat segelintir penduduk Buah Bala yang naik angin.. kerana kandang kambing jamnapari yang mereka sayangi turut menjadi mangsa kekejaman.. apabila dilibas oleh jengkaut pihak pemaju lewat pagi semalam....
Majlis yang dijangka bermula dengan tenang.. tiba-tiba menjadi panas dan ganas sebaik sahaja wisel permulaan ditiup oleh pakcik Karupan a/l Batumalai.. iaitu bekas ketuo kampung Buah Bala yang sedang balik bercuti.. dan maka berlakulah sesi banting-membanting.. tolak-menolak dan kilas-mengias antara wakil pihak pemaju iaitu Wong Fei Hong dari Wang Lipat Sdn.Bhd.. dengan penduduk kampung yang turut mendapat sokongan moral dari sekumpulan lembu pawah dan kambing jamnapari yang turut tidak berpuas hati diatas kehancuran kandang mereka..
Keadaan tiba-tiba menjadi lebih gempak seketika.. apabila M. Muniandy ketua pemuda parti Nira Kelapa yang kebetulan lalu dikawasan tersebut telah menunjukkan kehebatan beliau dengan mengangkat sebuah jengkaut.. lalu beliau mencampakkannyer le dalam perigi yang berhampiran sebagai tanda protes.. ini membuatkan penduduk kampung serta beberapo ekor lembu brahma dan lembu pawah turut campur tangan dengan cuba mengangkat beberapo jentolak namun usaha mereka gagal kerana terlalu berat sehingga hampir memutuskan urat belikat mereka..
Melihat keadaan menjadi tidak terkawal.. maka pak polisi yang dibantu oleh beberapo buah kereta perisai cuba meleraikan keadaan.. namun usaha giat mereka telah di tentang dengan begitu sengit oleh penduduk yang berganding bahu bersama sekumpulan lembu brahma dan lembu pawah yang turut sama melakukan perisai manusia dengan berbaris sepanjang 60 kilometer mengelilingi kampung tersebut..
Manakala kambing jamnapari di lihat mengambil sikap berkecuali kerana pihak pemaju telah berjanji akan membina kandang tiga bilik yang serba baru.. lebih mewah dengan berlantaikan marmar... ini membuatkan penduduk kampung bertambah marah kerana menganggap pihak pemaju lebih mengutamakan kambing dari penduduk kampung sendiri.. manakala kambing jamnapari mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak pemaju kerana begitu perihatin terhadap masalah mereka.. dan sikap pemaju ini menepati dengan nilai dan konsep Rakyat Didahulukan Kambing Diutamakan...
hahahahah...adoi la..ptus urat kentut aku dok gelak..heeeee..!
BalasPadamsilap-silap bleh batal posa tu.. hahahaa
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamha ha ha 1000x... rasa macam nak putus bulu ketiak aku ni...
BalasPadamHidup kambeng jamnapari 10 x... Undilah parti cap ekor kambeng... YABEDABEDUUUU
lu baru nak putus bulu ketiak. gua yg buat criter ni pun hampir2 putus urat keting...
BalasPadam