Rabu, 2 September 2009

"Malam Puisi Tolak Malaysia"


JAKARTA, - Puluhan penyair, musisi dan seniman Semarang, Selasa malam pukul 20.15 ini akan menggelar “Malam Puisi Tolak Malaysia” di halaman Taman Budaya Raden Saleh Semarang. Mereka akan membacakan puisi, berorasi budaya dan menyanyikan lagu-lagu cinta tanah air, dan menolak berbagai sikap tidak simpati Malaysia terhadap Indonesia. - Kompas


Apa yang membuatkan Wak Karto begitu membenci M'sia sehingga sanggup membakar bendera jalur gemilang tidaklah dapat dikenal pasti.. namun menurut satu sumber yang tidak boleh dipakai menyatakan semuo ini adalah berpunca dari satu spekulasi melulu oleh sekumpulan penari jaipong tentang penciplakan tarian pendet oleh Nordin Tip Top dua hari lepas.. dan juga masalah kesamsengan Nordin dan Si Pitung dalam perebutan perairan Ambulat sejak beberapa tahun yang lalu..


Dikhabarkan juga sebagai tanda protes.. satu majlis malam puisi telah diadakan di padang bola kampung Tempewangi kabupaten Solokbakso malam tadi.. yang turut dihadiri hampir 12 orang penduduk kampung yang kebanyakannyer mengaku telah dipaksa hadir oleh Wak Mustarjoko.. tuan tanah kedawung yang berwajah agak ganas tapi mudah melatah jika buah pinggang beliau digeletek..


Majlis yang dimulai dengan bacaan puisi bertajuk Waduh Pak Nordin oleh Raden Markiman Santoyo telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari persatuan anak-anak penjual tempe bandung.. sajak yang berkisar tentang perhubungan yang akrab antara Nordin Tip Top dengan sekumpulan tenuk liar yang berakhir dengan satu trajedi.. bila mana tenuk liar tersebut telah meninggal dunia akibat sesak nafas kerana terlebih makan.. ini membuatkan terdapat segelintir penonton yang tidak dapat mengawal emosi.. lalu berjalan itik mengelilingi padang bola tersebut sebagai tanda simpati terhadap kematian tenuk liar tersebut..


Manaka sajak Ku Curi Sawitmu juga oleh Raden Markiman Santoyo pula mengenai sekumpulan pencuri sawit yang cuba menyeludup beberapo tandan sawit ke Medan.. namun usaha tersebut telah dapat dipatahkan oleh pasukan rela kampung Solok Duku dengan bantuan Ultraman Dyna dengan menggunakan kuasa api berantai... dan majlis sekali lagi di hiburkan dengan sebuah puisi Mak Lampir & Abang Bachok... juga disampaikan oleh Raden Markiman Santoyo dengan penuh perasan sedih.. puisi yang menceritakan tentang pertempuran gusti lengan antara Mak Lampir dan Abang Bachok telah dibatalkan oleh Mira Karno merangkap pengadil perlawanan.. kerana Mak Lampir didapati telah offside ketika cuba mengilas lengan Abang Bachok pada pusingan ke duo puluh.. 


Penduduk kampung yang merasa bosan dan tertipu kerana majlis tersebut seperti telah dikuasai oleh Raden Markiman Santoyo sejak dari petang hingga lewat malam telah melakukan satu demontrasi secara aman sebagai satu protes.. Raden Markiman Santoyo yang melihat perarakan protes tersebut pun turut berarak bersama penduduk kampung.. dan semasa berarak beliau sekali lagi sempat mendeklamasikan sebuah puisi bertajuk Berarak Menuju Gemilang.. dan ini membuatkan para peserta demontrasi bertempiaran lari meninggalkan Raden Markiman Santoyo bersajak seorang diri ditengah padang bola tersebut..

4 ulasan:

  1. ish..ish..ish..kuat benor mak lampir tu ek..bleh plak dia kilas tgn abang bachok yg bdn dia persis John Cena skrg ni tu yek..

    BalasPadam
  2. ini mak lampir saiz xxxl..adik beradik kingkong bundy.. stakat john cena tu kilas ngan ketiak dia jer.. hahaahaa

    BalasPadam
  3. lepas ni sure diorang cakap pulak belacan tu diorg yg punya kan kan kan...

    BalasPadam
  4. apa???? kalo dorg ckp belacan dorg punya..gua akan bertkar jd godzilla musnah abis negara depa..cisss..dh la gua asal dri ngeri mengeluarkan belacan..belacan penang mak incik!!! heee!

    BalasPadam