Selasa, 25 Mac 2014

MH730.. BERAKHIRNYER SATU PERJALANAN..


KUALA LUMPUR 24 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia. Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu.

Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Kata Najib, AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat.

"Berdasarkan analisis tersebut, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat... - UtusanM'sia

MH370.. ku tahu kau sedang menanggung duka yang penuh nestapa.. namun ketahuilah olehmu bahawa sudah puas kami berusaha mencarimu namun masih juga belum berjumpa.. habis semua tempat kami geledah baik di darat.. laut dan udara tapi semuanyer hampa... hingga semua alatan tercanggih yang kami ada pun tidak dapat mengesan apa-apa.. bukan itu saja.. berdoa kepada Sang Pencipta tidak pernah sedetik pun kami lupa.. namun kau masih juga sepi tanpa berita..

MH370.. dengan berkat usaha dan doa kami satu dunia yang tak pernah ada surutnya.. akhirnyer dapat juga kami mengesan jejakmu di dunia maya.. setelah 17 hari engkau meredah benua rupa-rupanyer kau singah di lautan yang paling sepi di dunia.. di satu tempat yang tak terjangkau oleh akal manusia untuk apa engkau kesana.. sedangkan mimpimu ada di China..

MH370.. tidak ada apa lagi yang dapat kami khabarkan.. walaupun berjuta teori dan spekulasi saling bertebaran.. namun bagi melegakan hati.. keluargamu yang tersayang masih tetap jua menaruh harapan.. malah doanya juga tidak pernah terpadam.. dimana.. disaat keyakinan kami untuk melihatmu melambai pulang sudah semakin kelam.. dan diakhir perjalanamu itu hanya Salam Takziah yang mampu kami lafazkan.. al-Fatihah!!

* Terima kasih dunia kerana sanggup meluangkan sedetik masa membantu negara kami yang seakan kehilangan punca serta turut sama berkongsi duka...

1 ulasan: