Selasa, 11 Mac 2014

MH370.. DIMANAKAH ANDA SEKARANG?


SHAH ALAM - Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi maklumat dengan mereka.

Menurut satu kenyataan yang dipetik di portal web Inquirer.net, salah seorang ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak mendedahkan apa-apa maklumat terperinci kepada keluarga.
 

"Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan maklumat yang ada di media dan laman sosial. Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih tidak ada jawapan dari pihak penerbangan," katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS kelmarin, 153 dari 239 orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China. Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi 7 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam. Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini. - SinarHarian


Gua tau ler korang semua tengah pening kepala bercampur risau.. lebih-lebih lagi keluarga mangsa yang dah naik lengoh memikir dan menunggu akan perkembangan terkini mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 yang nampaknyer hingga ke hari ni masih menjadi misteri.. gua harap korang bersabau ler sikit.. kalau diikutkan pasukan pencarik yang bertungkus lumus 24 jam tu lagi pening kepala memikirkan masalah ni.. nak menjawab soalan wartawan lagi satu hal..

Dan memandangkan kita semua masih lagi terkejut diatas tragedi tersebut  maka gua pun tak nak ler komen lelebih pasal benda ni.. nanti tak pepasal plak gua kena tangkap dek pak polisi... lagi pun dah ramai sangat pakar-pakar tak bertauliah yang dah berteori dan berspekulasi tentang tragedi ni baik kat laman sosial mahupun kat kedai kopi.. cuma yang sedihnyer walaupun pendapat serta teori diorang tu ada yang tak bleh pakai serta tak masuk akal.. tapi ada gak yang percaya separuh mati... itu gua tak bleh nak kata apa la..

Apa taknyer.. ada khabar angin mengatakan budak pelantar carigali pernah ternampak kapalterbang tu ler.. ada yang kata dah meletop kat udara ler.. ada yang kata dah kena rampas ler.. ada yang kata dah tersesat ke bulan ler dan macam-macam lagi ler spekulasi merapu tahap hampeh yang tak terjangkau dek akal.. yang lawaknyer ada yang kata ini semua konspirasi dari satu negara kuasa besar.. adoiii!! agaknyer diorang tu takda keja nak dibuat kut..

Dari kita dok sebok memeningkan kepala otak sendiri dengan membuat bermacam-macam teori dan spekulasi.. baik kita berdoa agar pesawat tersebut dapat di temui.. walaupun mungkin nak jumpa dalam keadaan selamat tu agak tipis tapi sekurang-kurangnyer dapat jumpa bangkai kapalterbang tu pun dah kira okey.. paling tidak terjawab ler jugak sedikit sebanyak persoalan yang sedang berlegar sekarang ni..

Tapi apa yang gua perasan.. pada mulanyer kerajaan kita pun macam nak sorok-sorok jer.. cuba nak menapis setiap berita yang ada.. menurut alasan Pak Menteri kononnyer supaya kita semua dapat berita serta maklumat yang tepat... tepat dari segi apa pun gua tak tau.. kalau yang datang tu reporter kita jer bleh ler ditapis.. tapi kalau reporter luar tu susah ler sikit.. tau jer ler diorang ni kalau dalam melaporkan berita ni kira agak bebas.. tak macam kita kat sini.. dan kalau kita perasan kisah pasport palsu tu pun diorang yang keluarkan dulu.

Dan mampaknyer lepas ni kluar ler berbagai-bagai cerita atau isu baru.. mula ler yang dia ni salahkan orang ni.. yang ni salahkan orang tu.. dan seperti biasa lepas tu senyap.. bukan apa tanda-tandanyer dah pun mula kelihatan.. lebih-lebih lagi tentang isu sistem keselamatan negara kita yang agak lemau.. sebelum ni hanya mat-mat dadah jer yang dapat membolosi kawalan keselamatan airport kita.. tapi sekarang ni pasport palsu plak yang mengambil tempat.. itu pun kita dapat tau sebab tragedi ni berlaku.. kalau tak sampai kesudah diorang tu kluar masuk negara kita ni sesuka hati tok nenek diorang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan