Khamis, 13 Mac 2014

TOK BOMOH SUDAH BIKIN LAWAK LER..


PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu.

"Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi. Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang... - SinarHarian



Korang pernah hilang barang tak.. dan apa yang biasa korang lakukan bila mencarik barang hilang.. ikutkan biasanyer mula-mula tu kepalo otak akan berputar-putar memikirkan dimana agaknyer kali terakhir barang tu diletakkan.. kemudian kita akan bertanya jika ada sesaper yang ternampak dan seterusnyer mengarahkan seluruh keluarga melakukan operasi mencarik..

Yang bestnyer time operasi tu pasti kita akan mencarik disetiap pelusuk rumah hinggakan tempat-tempat tak logik pun kita akan geledah sekali.. walaupun tempat tu dah sepuluh kali kata selongkar... dan jika barang tu penting dan berharga ada yang sanggup berjumpa bomoh bagi mendapat bantuan.. haaa kalau korang nak tau.. itu ler yang kita lakukan sekarang..

Cuma sekarang ni nampakyer teori dan spekulasi kehilangan MH370 dah semakin menggiler.. dah tak tau mana satu berita yang betul.. mana yang fakta dan mana yang auta.. kena plak sepanjang masa ada jer persoalan baru yang muncul hinggakan fakta lama yang mengatakan kapal terbang tu terputus hubungan jam 1.30 dan lesap dari radar jam 2.45 pagi dah tidak terpakai lagi.. sekarang ni kisah jam 1.30 pagi jer yang berputar.. adoiii!! mana tak pening..

Memang gua doakan agar cepat ler kapal terbang tu kita jumpa.. klau tak lagi lama kita smua bleh jadi sasau.. tapi kalau dah jumpa nanti jangan plak ada yang bergaduh.. yang Amerika kata dia jumpa dulu.. yang China kata dia kesan dulu.. yang Vietnam kata dia yang bagitau dulu.. cuma gua takut nanti Tok Bomoh pun sama menyibuk dok kata kalau bukan kerana dia punya bubu dan teropong hikmat sampai kesudah kapal terbang tu korang semua tak akan jumpa.. haa baru ler betul-betul macam cerita Laksamana Do Re Mi..

1 ulasan:

  1. Sebarang pertanyaan call/whatsapp ke +6282246311483

    #bomoh #bomohsiam #bomohmelayu #bomohpelaris #bomohhangtuah #bomohthai
    #bomohminyakdagu #santauangin #bomohhangtuah #kingpower #bomohtepukbantal #bomohmalaysia #singapura #cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga

    BalasPadam