Rabu, 22 Mei 2013

MASIH LAGI TENTANG JENAYAH...

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu. Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya. Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing. - M'siaKini


Kali ni pun gua masih lagi ingin menyentuh tentang masalah jenayah yang semakin rancak menunjukkan taringnyer di depan kita.. berlaku hampir setiap saat dan ketika.. tanpa mengenal tempat baik di kampung mahupun di kota.. dari jenayah kecil-kecilan hingga ler yang membabitkan kehilangan nyawa.. harta serta wang berjuta.. rasanya kalau di bongkar seminggu pun tak habis cerita.. dan membuatkan kita semua tak boleh lelapkan mata walaupun seketika.. kerana asyik memikirkan siapa agaknya lepas ni yang bakal menjadi mangsa dan bahan berita..

Cuba bayangkan.. sedangkan rumah kerabat pak polisi dan pak menteri pun jadi mangsa perompak dan pencuri.. apatah lagi rumah kita rakyat biasa yang tak mampu nak mengupah pengawal serta sekuriti yang boleh menjaga tidor kita sekeluarga hingga ke pagi.. dan apa yang mampu dibuat oleh rakyat jelata seperti kita hanyalah setakat berdoa dalam hati.. semoga penyamun.. penipu dan pencuri tertidur hingga tak sedar diri atau mati dilanggar lori.. err!! penjenayah warga asing pun sama jugak tak terkecuali..

Cuma gua harapkan pak menteri kita yang baru saja berkuasa supaya dapat menunjukkan kehandalannyer di dunia nyata.. dengan membuka mata.. melihat nasib rakyat jelata yang semakin tidak selesa dan sentiasa berasa curiga akan keselamatan diri serta keluarga tercinta.. yang sekarang ni sentiasa terdedah dengan segala malapetaka yang datangnya tanpa diduga.. ini membuatkan ketakutan yang melanda menjadi sahabat setia..

Dan jugak gua harap pak menteri baru kita ni bukan ler menteri yang hanya pandai berkata-kata.. yang berdegar-degar mengatur bicara sedangkan tindakannya hanya terlihat auta.... tapi kami mahu menteri yang tegas hati.. mampu menjerkah si penjenayah sampai terkancing gigi supaya jangan sekali-kali cuba bermain api.. atau membuat onar di sana-sini jika mau hidup lebih lama lagi.. kalau tidak kami semua pak-pak polisi akan datang mencari dan melanyak korang sampai tertanggal gigi dan gusi.. haa!! silap-silap haribulan boleh lupa nama sendiri bila kena tapak tangan kami yang sebelah kiri..

Gua mintak-mintak jugak la agar pak menteri baru kita ni dapat mengambil langkah segera.. mencegah segala jenayah yang sekarang ni semakin membara.. dan bertindak sebelum keadaan menjadi bertambah huru-hara.. takut nanti rakyat akan hilang pertimbangan diri lalu membuat undang-undang sendiri-sendiri.. bila melihat pak polisi dan menteri sudah tak fungsi serta tak mampu nak menjaga negara ini.. dan hanya tau menuding jari bila berlaku sesuatu tragedi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan