BERA 1 Mei - Warga peneroka diseru memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei ini sebagai tanda membalas budi Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang telah banyak berjasa menubuhkan Felda sehingga berjaya mengangkat taraf ekonomi orang Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inilah masanya untuk warga Felda berbuat demikian kerana anakanda Tun Abdul Razak sendiri iaitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang mengetuai BN menghadapi pilihan raya buat kali pertama.... - UtusanM'sia
Korang percaya tak kalau gua katakan yang kita semua rakyat M’sia ni sebenarnyer sedang memikul hutang.. dan yang menariknyer semua hutang-piutang kita itu telah mula dikira sebaik saja kita dilahirkan ke dunia ni tanpa kita sedar.. dan untuk memiliki hutang-piutang tersebut kita tidak perlu bersusah payah beratur untuk mengisi borang atau menghadiri sebarang temuduga.. apatah lagi menghulurkan duit kopi kepada orang tengah.. segalanyer telah diuruskan secara automatik…
Mungkin korang tertanya-tanya.. “Aii bila masa plak yang kitorang ni berhutang.. tak pernah dengar pun.. kalau berhutang pun dengan siapa dan nak dibayar dengan apa.. adakah dengan duit.. dengan intan berlian.. dengan kayu api.. dengan rantai beskal.. dengan penampar atau dengan tapak kaki.. ahh!! blahh ler lu spy Penanggah.. kitorang tak percaya ler.. kalau stakat hutang rumah dengan hutang kereta tu biaso la.. jangankan kitorang.. Sultan Kiram pun berutang gak.. dengarnyer hutang pistol pun tak bayar lagi”..
Haa!! relaks dulu.. sabau!!.. maksud gua hutang tu bukan ler bermakna korang berhutang dengan si ceti haram.. ketua gangster Dolah Kapak ataupun dengan mana-mana bank termasuk ler dengan IMF.. tapi sebenarnyer kita semua ni berhutang dengan along politik atau nama glamornyer pemimpin politik.. dan hutang itu pun bukan ler berbentuk harta benda.. duit.. emas.. perak.. batu blok.. kayu api.. tong gas.. sport rim ataupun kuih apam.. tapi ia berbentuk hutang budi.. hutang yang tak perlu nak disimpan untuk dibawa mati.. ia hanya perlu dilunaskan setiap empat atau lima tahun sekali.. iaitu dengan memangkah parti-parti diorang ketika pilihanraya.. itu jer..
‘’Aiii.. pemimpin politik tu pun dikira along gak ker.. bukan ker menolong rakyat serta membangunkan negara ni adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah tak kira parti mana sekalipun.. takkan ler itu pun nak kira.. lagi pun diorang tu kan dah dibayar dengan gaji berpuluh ribu.. itu tak masuk lagi yang dikelepet sampai beratus juta… aiiii!! lu jangan bikin panas spy Penanggah.. kang ado yang masuk wad ICU kang”…
Yaa!!! memang betul.. takda sapa yang boleh menafikan bahawa menolong rakyat serta membangunkan negara adalah tangungjawab siapa yang memerintah.. tapi korang kena tau.. apa yang diorang buat tu bukannyer ikhlas pun.. semuanyer mengharapkan balasan.. ingat!!! tiada yang percuma dalam dunia ni.. dan itu lah yang diorang dok tuntut sekarang ni..
“Jadi selama ni.. dimana kami gunakan segala kemudahan seperti balairaya.. sekolah.. jalanraya.. sampan.. jetski.. jengkaut.. lori tangki.. masjid.. surau.. balai polis… balai bomba.. kelab dangdut.. disko.. hospital.. taman bunga.... longkang.. sistem AES serta kamera speed trap dan jugak bantuan seperti duit BRIM.. baja.. atap rumah.. air dan letrik percuma tu pun bukan free ler yer”..
Haa!!! akhirnyer paham pun korang.. itu ler sebabnyer bila time nak pilihanraya jer.. maka para pemimpin politik merangkap along ni akan mula mengingatkan kembali segala hutang piutang kita semua... dengan mengungkit-ungkitkan setiap jasa yang pernah diorang buat.. bukan stakat di suratkhabat.. TV atau di signbord kat tepi-tepi jalan.. malah ada yang sanggup buat lagu.. merayu-rayu mengingatkan kita bahawa sekarang ini ler masanyer yang tepat untuk membalas budi...
Dan untuk mendapatkan kembali hutang-piutang tersebut bagi menyelamatkan hayat politik diorang.. pemimpin politik ni sanggup melakukan apa saja.. sama ada merayu atau mengugut dengan menakut-nakutkan kita semua agar memilih syarikat diorang.. kalau tak akan berlaku ler pergaduhan kaum.. orang Melayu akan ditindas.. negara ni akan di jajah oleh Israel.. ultraman akan datang menyerang dan macam-macam lagi ler keluar cerita lawak yang tak tercapai dek akal..
“Spy Penanggah.. bagaimana kalau kali ni kitorang nak bayar hutang kitorang tu kat along politik yang lain plak.. iaitu kat syarikat yang lagi satu tu.. kami dengar syarikat tu ramai awek-awek cun..”..
Haa!! tak kisah ler.. yang penting korang pegi bayar hutang korang pada 5 Mei nanti dan pangkah mana syarikat yang korang suka.. yang boleh buat korang gembira dan tidor lena.. dan seterusnyer menerima segala keputusan dengan redha...
Tapi kalau korang nak melunaskan hutang korang kat syarikat lain.. yang korang pikir banyak berjasa dan mampu membuat negara ni menjadi lebih baik.. itu gua tak campur.. itu hak korang.. dan korang pun dah besar panjang dan dah bleh berpikir.. cuma diharap tidak tersalah pilih.. takut nanti pilih punya pilih dapek buku tebu.. hapah pun tak guno.. dan gua yang dah bertahun tak mengundi pun tengah pikir nak bayar kat syarikat mana kali ni.. chehhh!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
haaaa...itula salahnya pmmpin..itu mmg tanggungjwb pmimpin la buat kmudahan pada rkyat..dah rakyat yg pilih korang..suka hati rakyat la nk pilih sapa kan kalo pilihan raya..
BalasPadamAdoi..main hutang2 plak..
itu la dio.. undi salah tak mngundi pun salah.. lebih baik kita buat pilihnraya satu parti jer dah tentu x bergaduh.. lantak ler korang nk berkempen sampai pitam.. dan nasib baik ler Tok Mun tak monang... kalau tak teruk la pengundi tok mun kena kutuk.. gua rasa bukan stakat dipngil gilo.. bangng.. pengkianat bangsa silap2 bleh masuk ISA tu.. hahahhaaa..
BalasPadam