Selasa, 14 Mei 2013

JENAYAH MAKIN MENJADI-JADI.. ADOI!! NGERINYER..

JOHOR BAHRU 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan ketika berjalan kaki di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato' Suleiman, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an mengalami kecederaan di bahu selepas ditembak dari jarak kira-kira 20 meter... - UtusanM'sia 

CHERAS - Dua  lelaki  mengalami kecederaan  parah setelah ditembak ahli kumpulan samseng dalam satu pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Budiman 19, Taman Mulia di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu  yang dipercayai  berlaku  apabila kedua-dua mangsa berusia 29 tahun berkenaan menggertak ahli kumpulan samseng yang sedang minum di sebuah restoran.. - SinarHarian

HULU LANGAT 13 Mei - Dua pelanggan sebuah kedai runcit cedera parah akibat ditembak sekumpulan tiga lelaki yang datang menyamun premis itu di Bukit Angkat, Kajang di sini semalam. Dalam kejadian itu, tiga suspek yang berusia lingkungan 20-an datang ke kedai runcit yang dimiliki seorang warga asing berusia 40 tahun dan berpura-pura untuk membeli air minuman..... .- UtusanM'sia


BATU KAWAN 13 Mei - Kira-kira 24 jam selepas seorang pembantu kedai barang lusuh maut ditembak di Lunas kelmarin, dua lagi lelaki menerima nasib sama selepas ditembak dua suspek di Bukit Tambun di sini malam tadi. Kejadian itu merupakan kali keenam insiden tembakan dalam tempoh seminggu berlaku di seluruh negara mengakibatkan enam maut.
 

Dalam kejadian terbaharu itu, kedua-dua mangsa mati akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki mereka berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Bukit Tambun. Dua lagi penumpang kenderaan itu turut parah terkena tembakan.. - UtusanM'sia

Adoii!!.. Apa nak jadi dengan negaraku ni.... jenayah seperti pembunuhan dan tembak-menembak makin menjadi-jadi.. malah boleh dikata berlaku hampir setiap hari.. tak kira siang.. malam atau pun pagi... dan bukan hanya stakat di bandar jer malah  di kampung pun tak terkecuali.... seperti nyawa tu dah tak bernilai lagi.. bila masing-masing cuba nak tunjuk handal dengan menggubal undang-undang sendiri.. itu yang buatkan gua tertanya-tanya dimanakah perginyer pak polisi.. adakah tertalu sebok mengiringi para VVIP ataupun sebok melayan kerenah orang-orang poltik yang tak habis-habis lagi bermimpi dan bergusti..

Dan gua tertanya-tanya lagi.. mengapa jenayah ini berlaku di negara kita yang tercinta ini.. nampak seperti tiada tanda akan surut malah KPInyer juga semakin melonjak tinggi.. gua pun tak tau mengapa begitu mudah sekali diorang mendapat senjata api.. adakah diorang beli.. seludup ataupun dibuat sendiri.. mana la tau mungkin dari besi-besi terpakai ataupun besi paip yang dicuri.. bukan ker kat negara kita ni ramai pakar-pakar yang ambik kursus mengoperate sendiri-sendiri.. hinggakan motor kapcai 70cc pun boleh berdesup mengalahkan ferrari.. 

Kes jenayah yang meningkat di negara kita sekarang ini membuat semua orang terasa ngeri.. sampaikan nak kesana-sini pun mintak ditemani walaupun dalam rumah sendiri.. cuma gua takut lama kelamaan nanti orang dah tak ambik port sebab tak tau nak mengadu kat sapa lagi.. masing-masing jadi meluat dengan pak-pak menteri yang langsung tak berfungsi... hanya tau berlagak depan TV dan bercerita tentang seribu satu macam teori... sedangkan kisah jenayah hanya sekadar menjadi santapan berita sensasi di akhbar dan TV.. atau hanya sekadar bualan kosong di kedai-kedai kopi...

"Alaa!! apo susah-susah korang anggap je la ini semua takdir Illahi yang menunjukan dunia kita sekarang ni dah hampir mati.."...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan