Rabu, 27 Februari 2013

MUSUH DATANG.. KITA MASIH BERTEKAK..

MANILA 26 Feb. - Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa dia dan pengikutnya seramai 180 orang tidak akan berganjak dari kawasan perairan di Lahad Datu, Sabah di Malaysia. Kiram membuat kenyataan tersebut beberapa jam selepas Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi amaran supaya kumpulannya berundur dari Sabah, hari ini.

Kiram berkata, Sabah merupakan milik keluarganya dan mereka tidak perlu akur dengan amaran Aquino, termasuk arahan kerajaan Malaysia yang mendesak supaya mereka meninggalkan kawasan yang dicerobohi.


"Malaysia membayar 'yuran' sebanyak RM5,300 setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, sekali gus menunjukkan bahawa tanah yang dituntut di perkampungan Tanduao di Lahad Datu adalah sah milik mereka.. blaa.. blaa.. blaaa..


"Kami sedar kesan dan akibat yang akan diterima sekiranya kami melanggar undang-undang Filipina, maka kerjasama antara semua pihak amat diperlukan," ujarnya.


Dalam pada itu, Agbimuddin memberi jaminan bahawa beliau dan pengikutnya tidak akan mencetuskan keganasan di perkampungan tersebut...  - UtusanM'sia


Mender ler korang ni.. takdo kojo carik kojo.. gua rasa baik korang balik jer ler.. kalau korang melepak kat dalam semak tu berminggu-minggu pun bukan bleh dapat apo.. dah ler nyamok banyak.. badan letih.. silap-silap kepalo otak pun bleh jadi biul.. dan kalau berperang pun blum tentu korang dapat apa yang korang hajatkan.. entah-entah belum apa-apa lagi nyawa korang dah melayang.. gua harap perkara tu tak ler berlaku ler....

Dan dengarnya kerajaan korang pun dah sanggup hantar kapal nak jemput korang balik.. itu nasib baik diorang nak hantar kapal.. kalau diorang hantar rakit atau sampan mau tak lengoh tangan korang nak mendayung.. dan korang ni pun kira beruntung sebab pak polisi negara kitorang ni masih lagi sudi nak berunding… kalau kat negara lain gua rasa dah lamo korang semua lunyai kena tibai..

Tapi yang peliknyer orang-orang politik separuh masak kat negara kita ni masih lagi tak sedar diri… dalam orang ramai terutama orang kat Sabah sana dok risau sampai tak bleh tidor memikirkan pasal negara dah kena ceroboh dek orang.. silap-silap bleh berperang... diorang masih lagi sebok dok bertekak siang malam nak berebutkan kuasa.. masing-masing nak tunjuk handal.. aii geram jer gua... sekali tentera Sulu tu datang menerejah.. ajak fight one bye one.. haa!! baru padan dengan muko korang.. silap-silap mau putih tapak kaki korang kono hambat..

Mungkin orang-orang politik ni tak terpikir kut.. katakanlah dalam insiden tu ada geng-geng Sulu tu yang tercedera atau terbunuh.. apa korang ingat member-member atau sedara-mara diorang yang kat Sulu sana tu akan berdiam diri.. masih lagi nak goyang kaki melepak tengok TV kat rumah.. dah tentu ler diorang akan bertindak balas.. kena plak member diorang kat Sabah pun dah beribu... itu tak masuk lagi penerima-penerima anugerah Dato' dari Sultan Sulu yang kira ramai gak kat M'sia ni.. lagi ler senang..

Yang orang poltik sedap ler.. syok-syok tidor kat rumah.. yang masalahnyer orang kat Lahat Datu ler yang terpaksa menanggung azab.. apa taknyer.. tak bleh nak bergerak kemana.. nak ke laut tak boleh.. nak pegi kebun pun takut.. nak pegi kedai pun ngeri.. nak tengok wayang pun rasa tak selesa.. sampai nak melepak usya awek pun rasa tak selamat.. adoii!! susah-susah pak menteri kita bagi jer ler orang Sulu tu IC sorang satu.. settle masalah..

2 ulasan:

  1. kang bg IC kang..jd isu lain plak..huhuhu

    BalasPadam
  2. apa nak susah... bg ler IC palsu.. kalau tak pun bg diorang IC negara Zimbabwe.. haa baru padan dgn muka diorang kena tipu.. hahahaa..

    BalasPadam