Isnin, 4 Februari 2013

HOREYY.. JALAN DAH DITURAP..

UMBAI - Orang ramai terutama nelayan di muara Sungai Umbai, dekat sini dilanda kebimbangan apabila sebatang jalan menghala ke jeti nelayan di situ semakin mendap sejak enam bulan lalu. Keadaan itu menjadi semakin teruk apabila beberapa bahagian di jalan berkenaan mengalami keretakan sebelum membentuk sebuah lubang sedalam hampir satu meter.

Nelayan, Husin Jantan, 51, berkata, lubang yang mempunyai ukur lilit hampir satu meter itu terbentuk kira-kira dua bulan lalu dan pada asalnya kecil sebelum semakin membesar.

“Lubang berkenaan dikhuatiri boleh membahayakan pengguna jalan ini, terutama nelayan yang berulang-alik dengan motosikal untuk ke jeti. Paling berbahaya tentunya pada waktu malam apabila orang ramai tidak nampak jalan ini terutama mereka yang jarang melalui jalan ini .... - SinarHarian


Jalan yang berlubang atau berlopak sana sini apatah lagi yang besarnyer mengalahkan perigi buta seperti yang kat Umbai tu memang bahayo... bayangkan la kalau Pakcik Leman atau Pakcik Kadir yang terlanggar lubang tu.. tak ker bengkok sport rim beskal atau motor kapcai dorang... dan kalau ada ler yang terjatuh.. gua rasa bukan stakat tulang belikat jer bleh terkehel.. silap-silap gusi pun bleh tercabut siutt....

Tapi camno pun... gua betul-betul terpegun bila melalui jalan Bahau Dangi ketika gua balik ke kampung minggu lepas.. apa taknyer.. jalan berlubang-lubang macam kolam dan kawah gunung berapi yang menimbulkan rasa ngeri seperti yang pernah gua ceritakan dalam blog ni bulan lepas akhirnyer telah ditampal dengan agak begitu rapi sekali.. dan gua pun tak pasti sama ada ia direpair seluruh jalan atau hanya sebahagian jer..

Mula-mula tu puas gak gua peratikan mana plak hilangnyer lubang-lubang tu.. gua ingatkan dah kena curik atau dah dikebas oleh makhluk asing.. dan hati gua pun dah mula risau… setelah disiasat dan diperatikan dengan penuh berhati-hati rupa-rupanyer lubang tu dah kena kambus dan ditampal oleh kontraktor kelas X yang begitu berwibawa...

Untuk itu.. gua ucapkan tahniah kepada pihak yang prihatin termasuk ler kepada kontraktor kelas X yang merepair jalan tu.. walaupun pada kajian rambang gua melihat jalan yang ditampal sana-sini macam orang kena tampal koyok itu tak mungkin mampu untuk bertahan lama.. tapi sekurang-kurangnyer ia tak ler lagi membahayakan orang ramai.. dan nampaknye lepas ni bleh ler gua layan balik top speed kat area tu dengan perasaan gembira tanpa sebarang halangan..

2 ulasan:

  1. jalan hihgway baling-pengkalan hulu pon bahaya jugak..sampaikan papan-papan tando kat situ ditulis macam-macam oleh orang yg bengang tahap cipan dgn keadaan jalan tu...contoh yang depa tulis..

    'Awas!! jalan gila babi dihadapan'

    hahahahah

    BalasPadam
  2. haahaaa.. mungkin orang yg tulis tu tengh kena sawan babi kut.. yg kt tempat gua ada plak dicontengnyer nama DAIE.. ado dua tigo signbord gua peratikan ada nama tu.. enth sapo mamat tu pun gua tak tau... ingat nak gak gua carik si daie tu saja jer nak bagi royalti skit..

    BalasPadam