Selasa, 5 Mac 2013

KES SULU.. HAPUSKAN PENGKHIANAT..

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Pemerhati melihat pencerobohan Sabah oleh kumpulan bersenjata Sulu bahawa “Projek IC” kembali menghantui Malaysia, sementara seorang ahli akademik berkata tuntutan seorang yang mendakwa dirinya Sultan Sulu adalah tidak adil untuk rakyat Sabah.

Pemerhati diminta memberi komen terhadap “Projek IC”, iaitu pendatang asing didakwa menerima kewarganegaraan tanpa mengikut undang-undang, yang kini sedang disiasat dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI).
 

Apabila ditanya tentang hubungan “Projek IC” dengan ketegangan di Sabah, penulis Karim Raslan berkata, “aspek hitam” kini sudah mula didedahkan.

“Krisis yang berlaku ini menunjukkan terdapat aspek hitam dalam operasi rahsia (Projek IC) dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing.”


“Kita perlu bertanya pada diri sendiri siapa dibelakang Projek IC ini?” kata Karim lagi... - TheM'sianInsider


Setelah puas berunding akhirnyer berperang jugak kita dengan kerabat Sulu tu.. dan yang sedihnyer konflik ini telah menyebabkan beberapa nyawa terkorban baik dipihak anggota keselamatan kita begitu jugak dipihak penceroboh.. di sini gua ingin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan kita yang telah terkorban.. dan selamat berjuang buat anggota keselamatan kita yang sedang berusaha menamatkan konflik ni.. bagi orang kat Sabah yang terlibat dalam konflik ni gua harap korang semua bertenang dan bersabar..

Gua pun tak nak ler komen pasal operasi ni..  walaupun jiwa gua meronta-ronta nak mengomen kerana ada beberapa benda yang gua rasa tak puashati.. bukan apo nanti kalau gua komen ada plak kata gua ni tak patriotik ler.. tak menghormati keluarga anggota keselamatan kita yang gugur ler.. tak menghargai usaha kerajaaan ler.. dan mungkin ada yang kata gua ni pembangkang.. talibarut pihak asing atau salah sorang member kamcing si Sultan Sulu...haa tak ker naya gua nanti..

Dan gua pun tak nak terjebak dalam konflik politik separuh masak yang sedang hangat berlangsung dalam negara kita sekarang ni.. apa taknyer.. puak sini tuduh puak sana.. yang puak sana plak tuduh puak sini.. yang sini tuduh yang sana bersekongkol dengan pihak musuh nak menghuru-harakan negara.. yang sana plak tuduh yang sini saja bersandiwara nak fitnah diorang... akhirnya kita semua jadi gila.. sebenarnyer masing-masing cuba nak mengambil kesempatan politik.. walaupun mungkin ada yang menafikan tapi itu ler realitinyer.. eloknyer orang-orang macam ni di hantar jer ke Sulu tu.. aman sikit negara kita..

Bagi gua senang jer.. kalau ler tuduhan tu betul dan siap dengan bukti... suruh jer pak polisi kita siasat.. biar ler mahkamah yang menghukum si pengkhianat tu.. tapi kalau stakat nak menghabiskan air liur dan nak memeningkan kepalo otak orang kampung.. maklumat pun dicedok dari internet.. dan bukti pun stakat gambar sekeping.. dengan biji butir maklumat perbincangan si suspek pun entah ke mano.... .. baik tak payah.. entah-entah diorang tu tengah berbincang nak pegi pasar malam atau nak pegi berkelah.. mana ler kita tau..

Dan tanpa kita sedari sebenarnyer ada lagi pengkhianat besar yang masih bebas berkeliaran disekeling kita.. siapa lagi kalau bukan si malaon yang terlibat dalam projek IC kat Sabah tu.. malaon ni memang bahayo.. sanggup menjual negara semata-mata inginkan kuasa.. dan apa yang berlaku sekarang.. sehingga membuatkan negara kita terdedah kepada pihak musuh juga berpunca dari tindakan si malaon pengkhianat ni ler.. tapi masalahnyer orang politik terutama pak menteri serta media perdana kita senyap plak pasal isu ni.. macam ada syer jer.. hampeh betull!!..

Korang tau tak.. malaon ni yang sedap-sedap makan besar sampai lupa diri.. akhirnyer askar kita jugak yang dikerah untuk cuci mangkuk.. gua memang mintak orang-orang macam ni dikenakan hukuman.. tak kira ler hukuman gantung atau ditembak dengan senapang gajah.. baru padan dengan muka diorang.. tak kira ler sapa.. baik pak menteri atau perdana menteri sekali pun.. apa diorang ingat negara ni bapak diorang punya ker.. badigol soot punya orang..

1 ulasan:

  1. itula pasalnya...x pasal2 family aku yg jd anggota keselamatan kna pi sana..hangin btul aku satu bdan..dh lerr ada dikalangan polis sana jd talibarut puak sulu ni..Tak pasal2 polis dr semenanjung ni jd mangsa...puuiii!!

    BalasPadam