Khamis, 14 Februari 2013

IC NAK TANAH PUN NAK..

KUALA LUMPUR, 14 Feb - Pihak berkuasa keselamatan berjaya mengesan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh masuk ke Lahad Datu, Sabah. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk Selasa disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.... blaa.. blaaa.. blaaa...

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung. Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu..... -  Bernama


Agaknyer mungkin diorang tu datang sebab nak ambik IC kut.. apa taknyer dah lama sangat menunggu sampai muka pun dah naik sembab.. tak tau dah siap ker belum... ataupun agen IC tu dah melingkup kena tangkap.. haa itu sebab ler kut diorang tu datang terjah beramai-ramai ke sini.. tapi jangan gua dengar jer korang datang nak mengundi.. memang gua karate ler kerongkong korang....

Menurut satu pendedahan, sebanyak 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang di Sabah pada tahun 1993. Selain itu, mereka juga menerima resit dari JPN yang berupa dokumen sementara membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya negeri 1994.

Minggu lalu, pegawai Cawangan Khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa bekas pengarah JPN menjual 16,000 resit bernilai lebih RM1 juta untuk membenarkan pendatang di Sabah mengundi.


Namun bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 antara mereka yang terawal menghadapi inkuiri, menolak kewujudan “Projek IC”... -  TheM'sianInsider


Tapi rupa-rupanyer gua silap.. rupa-rupanyer diorang tu datang bukan nak ambik IC tapi nak tuntut janji yang tak ditepati.. tak tau ler mamat poyo mana plak yang janjikan tanah kat diorang ni.. adoii!! banyak cantik muka korang.. gua yang lahir kat negara ni satu tanah pun tarak.. korang plak senang-senang datang naik tongkang nak mintak tanah..

Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini. Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.... blaa.. blaaa.. blaaa...

Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri... blaa.. blaaa.. blaaa...

"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters... blaa.. blaaa.. blaaa...

Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.. - M'siaKini


2 ulasan:

  1. toksah dok percaya kat mna2 laporan..senang!! pening kepala gua dengan isu semasa sekarang..smuanya brsangkut paut ngn politik ja...haissshhh..

    BalasPadam
  2. tapi klau orang politik dok senyap jer boring ler plak.. takdo lawakkk!!..

    BalasPadam