Jumaat, 22 Februari 2013

INI BARU BETUL PENGUNDI HANTU..

 
 Korang tengok hantu pun rajin mengundi.. ni korang yang sihat-sihat plak yang maleh nak pegi mengundi.. psstt!! gua pun samo macam korang per..


SEMARANG - Ada yang aneh dalam Daftar Pemilih Sementara (DPS) pemilihian Gubernur Jawa Tengah. Pasalnya dalam lembaran DPS tersebut tertulis nama-nama pocong, kuntilanak, vampir dan nama-nama hantu lainnya. 

Nama-nama itu sempat tercatat di Data Penduduk Pemilih Potensial Pemilu (DP4) Kelurahan Mayahan, Kecamatan Tawangharjo, Kabupaten Grobogan, untuk pemilihan gubernur (Pilgub) Jateng 2013. Karena jelas tidak benar, nama itu kini sudah dicoret bersamaan dengan dua juta nama lain yang tidak sesuai dengan data sebenarnya.

Para hantu tersebut berada di urut 4567 hingga 4576 dengan urutan seperti berikut: Gundul Pecengis, Kolor Ijo, Tuyul, Suster Ngesot, Setan Kredit, Kuntilanak, Pocong, Dhemit dan Vampir. Dalam daftar, mereka juga ditulis berjenis kelamin laki-laki, ditulis lahir antara tahun 1901 hingga 1912, dan bertempat lahir di kuburan. Salah satu hantu, Dhemit, disebut lahir di Grobogan.

Ketua Komisi Pemilihan Umum (KPU) Provinsi Jawa Tengah, Fajar Subhi AK Arif mengatakan, pihaknya tidak mengetahui bagaimana nama-nama hantu bisa muncul di DP4 karena ia memperoleh data dari pemerintah... - voa-islam.com

Itu kat Indon.. yang ni kat negara kita M'sia plak..

ROMPIN, 22 Mei 2012 - Pembangkang kini semakin ketandusan idea untuk memburukkan sistem pilihan raya negara apabila mengaitkan individu yang memiliki nama unik dan pelik sebagai pengundi hantu, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.... blaa.. blaaa... blaaa..
 


Joseph yang merupakan Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak mengakui namanya sendiri, Entulu adalah unik dan dinamakan sempena daerah Bintulu di Sarawak kerana ketika ibunya mengandungkan beliau, bapa beliau terpaksa berpindah ke Bintulu.. blaa.. blaaa... blaaa..
 


Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan pembangkang mendakwa SPR mendaftarkan nama-nama pelik dalam sistem pendaftaran pengundinya yang didakwa pembangkang tidak wujud. Antara nama-nama itu ialah Timun, Kangkung, Harimau dan Tepi Jalan. - SinarHarian dan Bernama..

Selama ni mati-mati gua ingatkan kisah pengundi hantu ni hanyalah kisah dongeng atau cerita separuh seram yang saja ditokok tambah bagi memanaskan kehidupan kita.. lebih-lebih lagi kalau time nak mengundi.. mula ler timbul kisah pengundi hantu ni.. yang team ni tuduh puak tu bawa pengundi hantu mau bikin kacau... yang geng ni plak tuduh puak yang satu lagi upah pengundi hantu untuk habiskan bihun goreng.. yang peliknyer tak pernah plak gua tengok hantu-hantu tu ditangkap atau didakwa.. tapi kalau dah hantu nak tangkap dan dakwa macam mana yer tak..

Dan jugak gua ingatkan pengundi-pengundi hantu ni hanya suka berkeliaran dan mengganggu gugat kehidupan orang-orang politik kat negara kita jer.. tapi rupa-rupanyer diorang ni turut sama meracau hingga ke negara jiran kita iaitu Indonesia... cuma bezanyer pengundi hantu kati sana nampak lebih jujur dan berintegriti skit.. ini kerana diorang ni betul-betul menggunakan nama-nama hantu.. dan alamat yang diorang gunakan pun dah menunjukkan yang diorang ni memang betul-betul hantu..
 
Cuma kat negara kita jer nama-nama hantu ni tak berapa nak glamor sangat.. pengundi hantu kita lebih selesa menggunakan nama-nama yang lebih urban dan agak moden seperti nama binatang.. tumbuh-tumbuhan ataupun nama kenderaaan.. seperti Harimau.. Babi.. Ungka.. Tapir.. Semut Api.. Tenggiling.. Timun.. Terung.. Kangkung.. Bayam.. Pucuk Ubi.. Sampan.. Tongkang.. Kapal Solam... Jetski... Lori Kargo dan macam-macam lagi le nama pelik-pelik.. hanya nama-nama planet atau cekrawala jer diorang belum gunakan lagi..

Dan yang bestnyer diorang ni mampu hidup aman damai dalam sebuah rumah.. sehingga dikatakan ada alamat rumah yang digunakan sehingga berpuluh pengundi hantu yang berlainan bangsa dan agama.. kira macam pengundi hantu 1M’sia ler tu.. dan yang paling menakjubkan ialah umur diorang ni pun bleh tahan gak panjang.. sehingga ada yang mencecah hingga ratusan tahun.. cuma tak dapat dipastikan ialah sama ada diorang ni wujud dari zaman Hang Tuah.. zaman Maya ataupun dari zaman pra-sejarah lagi...

Ahli parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.
 
Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan 'kehilangan' 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang... blaa.. blaaa... blaaa..

Beliau turut memohon penjelasan SPR berhubung kewujudan 61 orang terdiri daripada seorang Cina, 13 orang India dan 47 orang Melayu dalam satu rumah beralamat 994, Jalan Papan, Pandamaran.... - M'siaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan