KUALA LUMPUR, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia atau National Union of Journalists (NUJ) meminta kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat insiden serangan yang didakwa melibatkan anggota polis terhadap wartawan dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong pembangkang Sabtu lepas.
Kesatuan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata jawatankuasa bebas itu harus mengambil alih siasatan kerana serangan itu melibatkan polis yang dituduh melakukan keganasan terhadap anggota media.
"Wartawan, termasuk dari media asing dipukul semasa bertugas merupakan satu tuduhan yang serius dan ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hak wartawan untuk melakukan tugas dalam suasana dan persekitaran yang aman," katanya. - Bernama
Hello pak polisi.. gua takda hal klau lu nak belasah si Ambiga.. si Nuar.. si Guan Eng.. si Tok Nik atau si Azmin separuh mati sebab diorang tu memang jahat dan gua pun tau yang lu memang handal sebab lu ada pistol.. lu ada bom asap kalau diorang banyak songeh lu bleh kasi hambat dengan air asid.. dan gua pun tak kisah kalu lu nak lanyak atau nak sepak terajang orang ramai macam kobau sebab diorang memang ganas dan gua pun tau yang lu memang hebat sebab lu ada kuasa.. klau bawak mahkamah pun dah tentu lu akan menang dengan begitu bergaya sekali..
Dan gua pun tak kisah klau lu nak lipat atau kilas keting pakcik-pakcik serta makcik-makcik yang datang menyokong Bersih 3.0 tu.. sebab diorang tu semua pengganas yang mungkin telah mendapat latihan asas dari gang-gang Taliban atau al-Qaeda di Afghanistan.. dimana tindakan ganas mereka itu mungkin boleh mengancam keselamatan negara kita yang aman ni.. serta mengganggu gugat kedudukan selesa kuasa para pemimpin negara yang kita sayangi..
Namun begitu cuma satu jer yang gua tak puashati dengan lu.. iaitu lu dengan perasaan angkuh telah menunjukkan kuasa lu dengan melanyak para wartawan dengan begitu bersahaja.. mengangap diorang seperti kambing boer yang boleh dibelasah dan disepak terajang sesuka hati.. malah kamera diorang pun lu kasi rampas dan jahanamkan.. semata-mata takut gambar lu yang sedang naik hantu seperti Hulk tu tersebar keserata dunia.. hello pak polisi.. lu kena ingat diorang tu pun manusia makan nasik macam lu jugak..
Dan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia ni gua harap semua yang terlibat dalam keganasan tu dapat dibawa kemuka pengadilan tanpa mengira bulu.. jika pak menteri boleh meminta para pemimpin pembangkang dipertanggungjawabkan diatas tindakan ganas para pengikut mereka.. maka pak menterii keselamatan dalam negeri serta ketua polis negara pun perlu turut sama bertanggungjawab diatas tindakan ganas anak buah mereka yang terlebih lagak yang membelasah para wartawan pada hari tersebut.. kalau tidak.. bagi gua tiada bezanya perangai para demonstrasi dengan pak polisi.. sama jer 2x5.. sama SENGAL.. sama GANAS...
* Ingat.. mata pena itu lebih tajam dari mata pedang serta lebih ganas dari peluru pistol.... sejarah telah membuktikan ramai pemimpin yang naik dan jatuh tersembam disebabkan pena wartawan.. maka dengan itu gua sebagai ahli kesatuan menyokong penuh gesaan pihak NUJ tersebut... hidup NUJ!!!..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan