Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga. Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. - M'siaKini
Memang betul pun senaman ni kira agak aneh sikit.. kalau diperhatikan dengan teliti terutama dari pandangan sisi.. langkah dan gerakan satu dua pada senaman ni memang pelik.. ini kerana pergerakan pada senaman tonggeng ni agak rumit kerana ia banyak menggunakan tumit kanan dan lutut kiri sewaktu menggoyangkan punggung.. dan diselang-selikan dengan aksi gulingan badan.. tidak seperti senaman Hawaii yang lebih banyak menggunakan goyangan siku dan kenyitan mata..
Kalau dikaji betul-betul senaman tonggeng ni jugak ada sedikit persamaan dengan senaman Harimau Berantai Tahap Tiga.. cuma yang membezakannyer ialah senaman ni dilakukan agak santai iaitu para peserta dikehendaki memakan aiskrim sambil merangkak atas tembok.. manakala senaman Harimau Berantai melakukan satu ritual yang lebih ngeri iaitu makan lempeng pisang sambil melompat ataupun melakukan tekan tubi sambil makan nasik..
Dan sebagai menyahut seruan demokrasi.. gua ingin ucapkan jutaan tahniah diatas keberanian pakcik-pakcik kita ni.. yang telah berjaya melakukan aksi senaman aneh tersebut di depan rumah si Ambiga dengan begitu cemerlang sekali.. menurut para pemerhati antarabangsa.. orang ramai tidak perlu gusar dengan senaman tonggeng ini kerana ia telah mendapat sijil halal serta mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh tok siak dan ajk surau di dikawasan tersebut....
Cuma pada hari kejadian tersebut pakcik-pakcik kita ni memang cukup bernasib baik kerana pada masa tu para pak polisi kita dilaporkan tiada di balai kerana terlalu sebok mencarik para demontrasi bersih 3.0 lepas yang dah lari entah kemano.. kalau tidak.. tak tau la apa nasib para pakcik kita ni.. dah tentu lintang pukang dihambat oleh pak polisi dan FRU dengan bom asap dan pancutan air asid..
Hampeh btul!!.. Sapo la punyer idea buat gerakan senaman yang rumit macam ni.. pakcik rasa kalau lagi lamo sikit ni silap-silap bleh kono buasir..
sbnarnya senaman tu jugak dapat mnguatkan otot-otot pungkoq agar dapat mnahan diri(pungkoq tu sndiri) apabila duduk secara lama ataih kerusi kayu jati sambil menon siaran Astro Oasis..
BalasPadamSebab sellaunya mnjadi trensd trkini pakcik-pakcik bila dah pencen mesti beli kerusi kayu jati hasil duit 50 tahun atau lbih glamer dgn panggilan duit suku.
terimo kasih miss poyo diatas info sdari yang agak begitu tegas dan berani.. baru la gua tau kerusi jati jadi amat sesuai untuk senaman pungkoq.. biasa kerusi tu gua buat tempat dudk beskal jer..
Padam