Khamis, 5 April 2012

APO NI NEGERI GUA..

Hari ni seperti biasa.. sebelum memulakan kerja.. tugas pertama gua ialah membelek-belek suratkhabar sambil mencari-cari intipati berita yang menarik untuk dibaca.. mungkin dah jadi kebiasan.. gua akan membaca dari page belakang dulu seperti berita sukan atau berita luar negara.. ini adalah untuk mengelakkan mood kecerian gua pada pagi yang permai ni hilang atau bertukar arah bila membaca atau menengokkan perangai orang-orang politik kita yang separuh masak yang sentiasa menebeng kat dalam paper setiap hari...

Sesambil tu mata gua melilau gak mencari kut-kut ada berita hangat lagi sensasi tentang negeri gua.. lagi pun kebelakangan gua tengok berita-berita yang kluar kebanyakannyer agak negatif.. balik-balik kisah rogol.. kes rumah kena masuk pencurik.. kisah orang kena bunuh... rompak.. lori terbalik... kereta terbabas masuk kolam dan macam-macam lagi la kisah pelik yang tidak mencabar minda.. dan boleh dikatakan hampir takda berita-berita ceria seperti berita tentang majlis pecah tanah nak buat projek tahap mega..

"Ekau perasan tak kalau tengok paper.. berito pasal N9 ni takda cerito lain.. balik-balik kisah rogol.. rompak.. bunuh.. eksiden.. curik lombu.. " rungut Ady member gua budak Palong Satu yang kira agak sasa dan macho yang duduk di belakang gua..

Gua hanya diam.. memang betul pun kata si Ady tu.. korang bayangkan la macam tu punya tebal suratkhabar Utusan yang gua baca.. stakat ni gua cuma jumpa 2 jer berita tentang negeri gua.. pertama tu kisah sukan yang menyatakan bahawa pasukan N9 nak uji pemain import yang baru serta kisah kemalangan maut lori pasir kat Nilai dan kemalangan kereta di jalan Mambau Port Dickson (klau berita ni diasingkan mungkin banyak la sikit berita tentang negeri gua....)

Tapi gua masih tak puashati.. gua belek-belek lagi.. dan dalam membelek-membelek dari satu page ke page yang lain dengan lebih teliti.. tetiba di pagi yang ceria ni gua terjumpa satu lagi berita yang agak panas sama seperti berita-berita sensasi yang sering keluar sebelum ni... PENOREH GETAH ROGOL ANAK.. Kuala Pilah - Seorang penoreh getah dihadapkan keMahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 13 tahun hujung bulan lalu.. Lelaki yang berumur 35 tahun itu.. cehh!! hampeh betuii.. gua dan Ady terus ketawa terbahak-bahak..

"Betul tak?!!!.. kata Ady..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan