Jumaat, 11 Mei 2012

UNTUNGNYER JADI ORANG FELDA..


JERANTUT - Kira-kira 112,000 warga peneroka Felda hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion. Perdana Menteri berkata, pemberian durian runtuh itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama, setiap ketua keluarga akan menerima RM5,000 seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.715 juta.

Untuk pemberian fasa kedua, katanya, sebanyak RM5,000 lagi akan diagihkan kepada isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang diberikan oleh golongan tersebut. Bagi fasa ketiga pula, menurutnya, sebanyak RM5,000 lagi akan diberikan kepada generasi kedua Felda bagi membolehkan bukan sahaja suami malah isteri dan anak warga peneroka juga menerima durian runtuh tersebut... - UtusanM'sia


Beruntungnyer jadi orang Felda.. apa taknyer..  siang malam ditatang bagai menatang minyak sawit yang penuh.. dah tu plak asyik dibelai dengan penuh mesra macam membelai awek baru.. pendek kata mintak ler apa pun pasti dapat.. kira dah macam diorang ni ada lampu aladin sorang sebijik ler gamaknyer.. dah tu bukan tu jer..  hari-hari plak kluar TV.. glamor siut mengalahkan artis.... masing-masing berposing sakan sambil bercerita akan kehebatan Felda dan kisah durian runtuh yang bakal menjelma.. malah penonton yang takda kena mengena pun turut sama meleh air liur mendengar cerita diorang...

Korang bayangkan la walaupun diorang ni duit dah bertimbum sampai tak abis makan.. pendapatan pun beribu-ribu sebulan tapi tetap jugak dapat BR1M.. dan belum pun sempat duit RM500 tu habis.. diorang dapat plak lagi duit durian runtuh RM15 ribu.. itu tak masuk lagi pink form saham yang bakal diorang dapat.. bayangkan la kalau sorang dapat dua tiga juta lot saham.. perghh!! kayo siutt!!.. nampaknyer ramai la orang Felda yang jadi jutawan lepas ni..

Tapi itu semua untuk orang Felda.. bagi korang yang bukan orang Felda (termasuk ler gua).. stakat pekebun kecil ada ladang getah dua tiga ekar jangan nak menyebok dan berangan.. korang bleh pegi main jauh-jauh.. korang cuma bleh tengok dan dengar jer.. lagi satu jangan plak nak memandai-mandai mintak durian runtuh ataupun pink form bagai kat abang Ajib.. memang tak kena layan la.. lagipun kerajaan mana la ada duit.. dan korang pun bukannyer orang susah macam orang Felda yang sebelum ni terpaksa kais pagi makan pagi.. dan yang banyak bersusah payah mengundi abang Ajib selama ni pun hanya orang Felda jer tau tak..

* Sorry laa.. walaupun entri gua kali ni terdapat unsur-unsur jealous tahap dua.. tapi kira masih lagi terkawal.. dan nampaknyer lepas ni gua kena ler mengatur langkah drastik mencarik awek Felda plak bagi menggantikan awek-awek lama gua si Kathy dan si Mona.. hehehee!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan