Mengutip dari kenyataan Sayyid Qutb mengenai perlunya pembaharuan dalam gerakan Islam Antarabangsa dengan dasar (‘qaida’ atau kaedah) yang baru. Dan dengan kata dasar atau kaedah itu jugak ler asal muasal nama Al-Qaeda itu diangkat.. seterusnya membesarkan nama Osama bin Laden ni sehingga menggerunkan tangkai jantung Abang Bush dan Pakcik Obama siang malam....
Bahang politik yang berlaku si sekitar negara Arab membuatkan Osama yang ketika itu berumur 14 tahun tetiba berubah.. berubah menjadi remaja yang warak serta peka terhadap perkembangan politik sekitar.. ada yang kata mamat ni dipengaruhi oleh guru sukan beliau berasal dari Mesir yang juga pengikut gerakan Ikhwanul Muslimin.. dan selepas berkahwin pada tahun 1974 semasa berumur 17 tahun dengan sorang awek cun si Najwa yang ketika itu berumur 14 tahun.. baru ler si Osama ni bergiat secara aktif dalam Ikhwanul Muslimin..
Semangat pejuang Osama bangkit sewaktu melihat tentera Russia menceroboh dan melanyak rakyat Afghanistan tahun 1979.... beliau yang pada masa kecilnye suka menonton cerita koboi siri Bonanza kat TV ni turut sama membantu mengumpul dana dari pemimpin dan orang-orang kaya di Arab Saudi dan beliau juga menjadi perantara yang membawa dana tersebut ke Afghanistan... masa inilah juga beliau bertemu Abdullah bin Azzam yang ketika tu mengajar di Pakistan.. dan dengan dana itu juga mereka membuka kem latihan bagi melatih para pejuang di sana..
Pemergian Osama ke Afghanistan juga tersangat rahsia.. (itu sebabnyer kita tak pernah dengar pun nama Osama sebelum ni... hingga ler selepas tragedi 11 Sept baru ler nama mamat ni muncul..) ini disebabkan kerajan Arab Saudi tidak mahu rahsia mereka terbongkar serta mengaitkankan mereka dalam membantu perjuangan Osama dengan mujahiddin.. ini memandangkan mereka tersangat rapat dengan keluarga si Laden yang kaya raya tu..
Tahun 1986 keadaan di Afghanistan semakin kacau.. Aiman al-Zawahiri yang telah berpindah ke Penshawar.. (sempadan antara Pakistan dan Afghanistan) bagi membantu nasib pelarian... dan disini jugak ler Osama.. Aiman al- Zawahiri seorang doktor bedah dan Abdullah bin Azzam bertemu... dengan mengutip kata Sayyid Qutb mengenai kata dasar atau qaida'.. pengalaman Abdullah bin Azzam yang terlibat dalam penubuhan Hamas di Palestine itu ler akhirnyer al-Qaeda pun wujud dengan anggota pertama seramai 314 orang.. dan dana dari Arab Saudi serta Amerika mula mencurah.. kena plak Abdullah bin Azzam ni rapat dengan CIA.. lagi ler masyukkk..
Di awal penubuhan al-Qaeda ini.. wujud satu pendekatan yang berbeza antara Osama dan Abdullah bin Azzam.. pendekatan Osama dilihat lebih lembut hanya ingin menegakkan Islam di bumi yang ditindas seperti yang berlaku di Afghanistan.. manakala Abdullah bin Azzam menggariskan satu gerakan jihad yang lebih global keseluruh dunia Islam.. antara negara yang termasuk dalam matlamat beliau adalah negara Islam di selatan Soviet.. Kashmir.. Filipina.. Somalia.. Sepanyol dan beberapa negara lagi ler.. itu sebabnyer kerajaan Arab Saudi dan Amerika lebih menyokong Osama sebagai pemimpin Al-Qaeda berbanding Abdullah bin Azzam yang dilihat condong kearah Ikhwanul Muslimin dan agak lebih radikal dengan semangat jihad..
Abdullah bin Azzam ni juga dianggap sebagai mentor bagi pergerakan jihad kaum muda di Afghanistan malah seruan jihad beliau turut meresap ke pemikiran umat Islam di seluruh dunia.. dan tak tau ler gua.. mungkin Amerika atau agen CIA melihat tindak tanduk Abdulah bin Azzam ni agak merbahaya dan bakal menggugat kedudukan mereka.. maka pada tahun 1989 satu letupan bom telah mengorbankan Abdullah bersama dua orang anak beliau ketika sedang meletakkan kenderaan untuk sembahyang Jumaat di Penshawar...
Ketika pulang pulang dari Afghanistan dan disambut sebagai wira pada tahun 1989 dengan meninggalkan para mujahiddin dan gerakan al-Qaeda yang sudah bertapak disana.. jiwa memberontak si Osama kembali panas bila melihatkan perangai para pemimpin Dinasti Saud yang semakin hamlau.. rasuah sana sini.. suka berpoya-poya. berjoli katak.. serta berjudi siang malam.. kena plak bila tengok orang Islam kat Palestin kena tibai dek Yahudi keparat.. lagi ler Osama hangin satu badan.. beliau pun bergerak ke beberapa masjid dan mula berkhutbah mengenai kezaliman zionis dan Amerika..
Osama yang sebelum ini begitu rapat dengan Amerika tetiba terus berpusing 187 darjah.. bilamana melihat Amerika memberi lampu hijau kepada Israel untuk menyerang Lubnan.. dan beliau mula menghentam Amerika melalui khutbah di masjid-masjid.. melihat Osama dah berpaling arah membuatkan Amerika bertambah bebulu.. geram dan dendam.. mereka menganggap si Osama ni sorang manusia yang tidak mengenang budi serta boleh mendatangkan bahaya pada masa depan..
Seperti yang sering kira dengar menyatakan bahawa Osama ini adalah ciptaan Amerika dan CIA.. betul ker..? memang betul Osama dilatih oleh Amerika dan CIA tapi hanya untuk melatih para mujahiddin menentang Soviet.... lagi pun semangat pejuang Osama menentang kezaliman Soviet di Afghanistan bermula sebelum beliau betemu dengan Amerika dan CIA lagi.. mungkin jugak la ada muslihat dari Amerika ingin memerangkap si Osama supaya masuk dalam perangkap CIA.. tapi usaha mereka gagal.. bila Osama tetiba berpaling arah melihat tindakan double standard Amerika dalam isu Israel Palestin....
Alaa samalah seperti tentera dan polis kita di latih oleh Inggeris sewaktu menentang Jepun dan kominis dulu.. tapi bukan bermakna tentera dan polis kita dicipta untuk menjadi agen dan talibarut Inggeris.. tak tau la gua klau ada gak yang hamlau jadi talibarut Inggeris.. tapi kalau diikutkan diantara mereka bertiga ni.. pada mulanyer Abdulah bin Azzam inilah yang dilihat paling rapat dengan Amerika dan CIA.. beliau ini sering berulang alik dari Pakistan ke Amerika dan Arab Saudi....
Hari ni walaupun satu dunia mengecam tindakan Amerika yang diangap melanggar hak asasi manusia dalam menyelesaikan kes serbuan di Abbotabad Pakistan yang membunuh pemimpin al-Qaeda tersebut.. tapi itu hanyalah kecaman dari makhluk yang anti Amerika serta mereka yang terdiri dari pakar undang-undang dan peguam hak asasi.. dan tak ketinggalan dari bekas-bekas pemimpin yang dah takda kuasa.. kira pemimpin yang dah tamat tempoh....
Sedangkan sebaik saja berita kematian tersebut boleh kata semua media memetik kata-kata pujian dari para pemimpin dunia serta kaki ampu dan kaki bodek Amerika termasuk ler PM kita yang taknak ketinggalan memuji tindakan Amerika tersebut... malah beliau berharap dengan kematian Osama akan membuatkan dunia menjadi lebih aman.. begitu la marah serta geramnya para pengampu serta kaki bodek seluruh dunia bila mengulas tentang kematian Osama tersebut....
Wajah-wajah penting dalam penubuhan al-Qaeda.. Abang Osama.. Pakcik Aiman al-Zawahiri dan Uncle Abdullah bin Azzam..
Gambar yang didakwa gambar anak-anak Pakcik Laden sewaktu di Sweden 1971.. yang bulatan merah tu takda orang lain ler tu.. sape lagi klau bukan si Osama..
* Ehemm.. sebahagian dari isi kisah si Osama ni gua petik dari Republika.co.id yang mengambil bahan tersebut dari buku pemenang Pullitzer 2007, The Looming Tower karangan Lawrence Right... sorry gua pun tak kenal saper ler Lawrence Right tu.. pandai-pandai ler korang carik buku tu yer.. entah betul atau tidak kisah yang dia tulis tu tak dapek la plak gua nak pastikan sebab pada masa tu gua pun sedang berjuang menetang tranfomers Megatron di dalam kebun getah kat kampung gua..
Aku tengok yang dalam bulatan merah tu macam pmpuan jek..lu bia betoi tu osama..hhahahahha...
BalasPadamLain kali kasi besaq la gambar tu baii...
bukan salah gua ler.. ni semua angkara pakcik karim.. btul ler itu gambar jantan jambu si osama.. cuba lu ambik kanta tengok betui-betuii.. susah2 lu clik jer kat gambau tu mana tau di bleh bertukar jadi besar dulang.. huhuhuhuu
BalasPadamGilo byk sungguh anak pakcik laden ni noh..penuh satu gambaq..memang subur...hahahhaha
BalasPadambiaso le.. orang duit banyak.. tentu ler bini ramai.. anak pun berpuluh... hanya nasib gua jer yang tak menentu.. dah ler miskin.. anak tak da awek plak ramai.. huuhuuhuu!!..
BalasPadamsebenarnya penanggah, osama dan gue ado bau-bau stoken... maleh gue nak bisin-bisin. itu trgedi sept gue pun ada invof.. tapi nasib gue
BalasPadamtak baik, kapaitobang yg den bawak nak ambus
itu studio holiwod tetiba rosak.. timing belt dia putuih... kalau tidak...
wowww.. tahniah sedaro kembara.. satu pendedahan yang berani lagi eksklusif.. dan nampaknyer nasib kito sama.. gua pun maso tu dah planing nak langgar bangunan pentagon.. lagi berapo meter jer nak sampai tayar beskal gua plak pancit.. terpaksa ler gua berpatah balik.. kalau tidak tak tau laa.. mau bersepai pintu pagar pentegon tu gua langgar..
BalasPadam