NEW DELHI - Sebuah badan pemantauan narkotik antarabangsa hari ini memberi amaran mengenai kumpulan penjenayah antarabangsa yang kini giat menggunakan laman web sosial untuk memperdaya wanita untuk menjadi 'keldai dadah' di Asia. Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), sebuah badan bebas pemantauan kuasi undang-undang, dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan, lebih ramai wanita muda di Asia... Utusan M'sia
Aiii..!! camtu punyer ler banyak namo.. namo keldai jugak yang diorang pilih.. tak glamer dan komersial langsung... lain kali letak ler nama babon ker.. tapir ker.. cipan ngan tenuk pun dah kira hebat tu.. katakan kalau orang tanyo ekau keja apo sekarang ni.. aiii nak jawab pun segan.. takkan nak cakap "Lu jangan berlagak sama gua bro.. gua skarang ni dah kojo jadi keldai.." tak ker haru namonyer tu.. tapi keldai pun keldai laaa.. kira ok la tu.. muko pun cun.. suara pun bleh tahan bingittt...
Mungkin tu sebabnyer la.. ramai awek-awek dan makcik-makcik serta nenek-nenek skarang ni terjebak dengan rayuan mat macho dari Iran ni untuk menjadi keldai dadah yang berjaya.. kena plak muko Mat Iran tu macho macam muko gua ni.. ayat pun bleh tahan power macam gua gak.. mau tak cair awek-awek atau nenek-nenek tu.. lagi satu gaji pun bleh tahan gak diorang offer.. duo tiga juta yen dah tentu dalam tangan... mengalahkan gaji CEO kilang sirap kampung gua.. sapo yang tak nak..
Walau pun diberitakan ado gak yang cuba memohon untuk masuk menjadi geng tapir atau babon dadah... namun sambutannyer kurang hangat.. mungkin kerjanyer tidak begitu mencabar dan kurang glamer.. yang paling diorang tertipu sebab kat situ tak ado langsung awek-awek cun.. yang ada balak-balak haprak kategori otai.. memang membosankan kata mereka.. tak macam kumpulan keldai.. kiri-kanan depan belakang awek sesajer.. perghh!!!.. mendengarkan kata-kata perangsang tu.. membuatkan jiwa spy Penanggah bergelora nak join kumpulan keldai.. tak kisah laa.. keldai pun keldai ler..
Oii... penanggah, ni petikkan dari metro Ahad, 28 Februari 2010 (BUEKLAH ULASAN SELARI)
BalasPadamKejar babi tapi jumpa bom
Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my
2010/02/28
PENDANG: Sekumpulan pemuda berbangsa Siam yang ghairah mengejar seekor babi hutan sesat ke kampung mereka di Kampung Wat, Paya Mat Inson, di sini, petang semalam, terkejut apabila menemui sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.
Bom sepanjang kira-kira 0.2 meter (m) dan seberat 20 kilogram (kg) itu ditemui terbenam dalam lumpur di hutan berhampiran kampung berkenaan.
Penduduk, Boon Sis Densing, 40-an, berkata tertera perkataan MK-15 pada bom itu yang berkemungkinan nama letupan berkenaan yang ditemui kira-kira jam 2 petang semalam.
Menurutnya, bom itu dipercayai digugurkan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua tetapi tidak meletup.
“Kami kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang yang kemudian meminta bantuan Balai Polis Bukit Jenun yang terletak berhampiran.
“Bagaimanapun, pihak berkuasa meminta penduduk tidak bertindak sebarangan apabila ada yang secara sukarela ingin membawa bom itu dengan motosikal ke balai polis kerana bimbang bom berkenaan masih hidup.
“Sehubungan itu, bom berkenaan diletakkan di kawasan ia ditemui sehingga dua anggota polis daripada Bukit Jenun tiba kira-kira jam 3.30 petang tadi (semalam),” katanya.
Difahamkan, Unit Pemusnah Bom dihubungi berhubung penemuan itu dan tindakan susulan, termasuk keputusan sama ada untuk meletup atau tindakan lain, akan diambil selepas unit berkenaan meneliti bom itu.
aiii tehrasacoke.. patut la gua tak jumpo berito ni.. gua silap boli metro.. gua boli harian metro Sudan edisi sempit.. camno pun mngikut laporan terbaru yang gua terimo geng budak siam tu dah berbaik-baik dngan babi hutan yang nakal tu.. dan mereka dah pun bermaaf-maafan dalam suasana yang begitu harmoni sesuai dngan semangat 1M'sia..
BalasPadambom sesat yang diorang jumpo tu pun diorang dah potong-potong bagi sama rata.. separuh lagi diorang buat kuih apam balik..
babi tu nakal kaco ank dara org tu..gua pun dikacaunya aritu masa gua pi pendang aritu,baik pulih telefon rosak kt sana..nasib baik gua naik moto honda ex5..gua mrempit jugak la nak lari dari babi tu sblm dia wat sondol godaan kek gua..tak ke naya gua..mau kna smak bertahun2 jugak la...huahuahuha
BalasPadam