Jumaat, 12 Februari 2010

DAH LA MISKIN.. HINA PLAK..


SHAH ALAM - Hampir 1,000 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Umno Selangor berarak dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor bagi membantah tindakan kerajaan negeri berhubung tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). - Utusan M'sia

Perarakan yang bermula dari padang Sekolah Rendah Tamil Rawang hingga merentasi Selat Melaka menuju sempadan Laos dan terus ke kampung Kerinci telah dihadiri oleh ribuan warga miskin tegar dan papa kedana lagi hina semata-mata untuk menyerahkan surat watikah bantahan separuh resmi kepada ketuo kampung Pantai Dalam mengenai rampasan tanah oleh pihak kerajaan baru-baru ini...

Perarakan kereta dan beca berhias yang diadakan tanpa pilih kasih itu turut diketuai oleh abang Brahim dari geng Perkasa Semenanjung dan Karim Tempe dari persatuan Basmi Papa Semalaysia (BPS).. dimana sebahagian besar pengikutnya terdiri dari penduduk kampung dan pemimpin miskin tegar yang tidak berpuashati diatas komisen rampasan tanah tersebut yang dianggarkan RM200juta billion.. malah terdapat desas desus yang menyatakan komisen tersebut boleh mencapai hingga RM39 trillion.. bersamaan 89 juta tan getah keping..

Namun usaha mereka tersebut telah ditepis oleh Ali Bimbo iaitu ketuo kampung Pantai Dalam yang enggan melayani dan menerima watikah bantahan tersebut yang dianggap tidak reliven dan bombastik.. beliau turut menuduh bahawa para peserta perarakan yang datang beramai-ramai itu telah diupah oleh ejen asing untuk menghabiskan teh tarik dan goreng pisang dirumah beliau sahaja.. 

Tuduhan melulu Ali Bimbo itu telah menaikkan kemarahan Karim Tempe dari persatuan Basmi Papa Semalaysia yang menganggap tuduhan Ali Bimbo itu adalah satu fitnah yang sengaja dilontar untuk memecah-belahkan perpaduan para peserta perarakan tersebut..

"Ekau jangan memain Ali.. tuduh kitorang ni sesuka hati kau jer.. gua kalau marah habis pokok pisang keliling rumah ekau ni gua cabut.." luah Karim Tempe yang begitu geram diatas tuduhan palsu tersebut..

 "Kitorang ni bersusah payah tubuhkan persatuan ni.. yang ekau sedap-sedap jer rampas tanah untuk orang miskin tegar macam gua ni.." tambah beliau lagi tak puas hati..

"Ahhh!!.. pegi dahh.. memang laaa persatuan ekau ni bagus untuk nak basmi orang papa dan miskin.. tapi masalahnyer persatuan ekau ni pun miskin tegar sampai cukai tanah RM65.70 pun ekau tak mampu nak bayar.. nak tolong orang miskin macam mano.." balas Ali Bimbo..

"Gua bukan tak mampu nak bayar cukai tanah tu.. tapi duit tu gua dah buat pegi enjoy kat Disneyland.. mungkin minggu ni gua ngan awek gua nak pegi Baaaaaaa.. 

"Apoooooo... enjoyyy... kurang ajau nyer Ali Tempe... patut laaa persatuan ni pun turut papa kedana.. ekau enjoy sakan kan duit persatuan ruponyer.." jerit para peserta perarakan serentak.. tanpa sempat Karim Tempe menghabiskan ayat beliau.. di lihat juga para peserta perarakan bersama Abang Brahim terus menghambat Karim Tempe mengelilingi kampung Pantai Dalam hingga ke Chow Kit sehinga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Sungai Besi....

3 ulasan:

  1. AKU TERLIBAT JUGAK..HAHAHAHAH..
    MAKNANYA AKU MISKIN TAPI TAK HINA LA?HAHAHAHA

    BalasPadam
  2. tu namonyer miskin manjer-manjer.. sajer nak dapat wang ihsan ler tuu.. tak la macam gua ni haa.. dah lah miskin papa kedana dihina lg.. ado kreta pun stakat BMW Z4 6 bijik.. duduk pun kat rumah banglow jer..

    BalasPadam
  3. 2dia..mmg ekau miskin btul..gua smpati sama lu lerr..huuuuu!

    BalasPadam