Isnin, 22 Februari 2010

LAYAN FILEM LER PLAK HAA..


KALI ni gua nak serius sikit.. sebab dah selalu sangat gua merapu sampai korang pun tak paham apo yang gua tulis dalam blog gua ni.. kali ni gua nak cerita pasal filem plak.. iyo lah dah penat sangat bekerja seharian.. sampai kepalo otak pun dah naik mereng..  apa kata korang pun bawak-bawak berehat pegi tengok wayang ko.. lagi pun sekarang ni ado sebuah filem yang tengah hangat ditayangkan hasil lakonan Abang Nobil iaitu bekas juara Raja Lauk 8.. memang rugi kalau korang tak layan filem ni.. nenek ngan atok gua pun dah 6 kali layan cerito ni.. sampai tokey panggung pun dah naik menyampah sebab tak do muko lain.. balik-balik muka atok ngan nenek gua berdua jer dalam panggung tu..


Tajuk: Lu Pikul Ler Sendiri

Pelakon: Abang Nobil, Putri Sarap, Makcik Mela.. Pak Dolah, Mat Kimbo dan Meet Uncle Labu serta turut dimeriahkan oleh pelakon pembantu yang dijemput khas iaitu adik Abang Nobil, nenek Putri Sarap, pak long Makcik Mela, sepupu Pak Dolah.. bapak angkat Mat Kimbo dan Meet Uncle Labu sekeluarga..

Arahan: Minah Rapers

Genre: Komedi seram-seram takut dan cinta separuh sengal

Durasi: 24 jam 62 minit


Sinopsis: Cerita yang wajib ditonton sekeluarga ini mengisahkan Abang Nobil yang berkerja dengan Makcik Mela dan Pak Dolah sebagai pengangkat barang di Pasar Borong Selayang.. ketika beliau sedang syok memikul tong dram dan lori balak di tepi highway jalan Duta beliau telah diserang hendap oleh sekumpulan rasaksa ganas yang diketuai oleh Kabacin (yang dilakonkan oleh kumpulan Meet Uncle Labu sekeluarga dengan begitu sadis dan macho sekali) .. namun ketika Abang Nobil hendak bertukar menjadi Ultraman Dyna beliau telah di ngurat oleh Putri Sarap yang turut bekerja sebagai kerani dipasar tersebut.. lalu berlakulah cinta empat segi yang sungguh dahsyat lagi berani antara Abang Nobil.. Putri Sarap.. Makcik Mela dan Pak Dolah..


Kemarahan Abang Nobil semakin meluap-luap apabila Kabacin dan kuncu-kuncu beliau telah memusnahkan pasar borong tempat beliau dan Putri Sarap bekerja.. lalu beliau pun pergi bertapa ke Gunung Ledang selama 3 hari 2 malam untuk berguru dengan Mat Kimbo (yang turut berlakon dalam filem My Name Is Kimbo bersama Shahrip Khan) bagi menuntut bela diatas kemusnahan pasar borong tersebut.. ketika bertapa disana beliau turut berkesempatan untuk bermandi-manda bersama Mat Kimbo di air terjun Sagil yang terletak di kaki gunung Ledang tersebut..


Setelah terer Abang Nobil pun pergilah bertemu dengan Kabacin dan kuncu-kuncu beliau.. lalu berlakulah pertarungan one by one yang sungguh sengit antara Abang Nobil dan Kabacin yang turut disiarkan secara langsung oleh Astoro melalui saluran Cehria 221 selama 24 jam.. pada satu saat ketika Abang Nobil hampir tewas apabila leher beliau telah dikilas oleh Kabacin namun tiba-tiba Putri Sarap yang sedang menyaksikan pertarungan tersebut dari atas bumbung rumah Pak Dolah datang masuk campur lalu menggigit telinga kiri Kabacin.. ini membuatkan Kabacin menjerit kesakitan lalu terus mengaku kalah.. 


Sebagai hukuman diatas kesalahan beliau memusnahkan pasar borong tersebut.. beliau dikehendaki mengangkat dua kontena kotak-kotak ikan yang baru sampai dari Terengganu.. sebaik sahaja Kabacin hendak mengangkat kotak ikan tersebut tiba-tiba beliau terus melompat lalu melarikan diri sambil menjerit.. ahhh!! pegiii dahhh kau Nobil.. lu pikul ler sendiri.. lalu Kabacin pun memecut laju lari meninggalkan Abang Nobil.. Putri Sarap,, Makcik Mela.. Pak Dolah dan Mat Kimbo terkebil-kebil… untuk mengetahui akan kesudahan cerita ni.. baik korang tonton sendiri di pawagam-pawagam yang berjauhan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan