Khamis, 6 Ogos 2009

Mana Gua Punyer Ganti Rugi..


KUALA LUMPUR - Tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan haram gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas. - Kosmo


Pakcik tak puas hati.. pakcik nak jugak tuntut kerugian pakcik yang 3 juta tu.. kalau korang tak nak bayar.. pakcik terbalikkan bangunan korang ni.. korang jangan main-main dengan pakcik.. nampak jer pakcik ni kurus melidi macam cicak kubin.. tapi pakcik ado power.. sebelum pakcik bertukar jadi Cicakman baik korang bayar sekarang jugak.." luah Pakcik Akrun seorang penjual karipap pusing di Petaling Street dengan penuh kemarahan yang meluap-luap.. sehingga suhu badan beliau mencecah 49.53 darjah celcius.. sewaktu meminta ganti rugi diatas kerugian beliau dari Mat Kimbo.. akibat dari rusuhan anti ISO minggu lepas..


"Relaks la pakcik oii... yang pakcik memokak pepagi buto ni buek apo.. orang pun tak masuk opis lagi haa.. cubo la pakcik tengok jam.. baru pukul 6.00 pagi.. kok iyo pun tunggu la opis bukak dulu.. pakcik ingat pakcik jer ado power boleh bertukar jadi Cicakman.. gua pun ado power gak.. kalau gua tekan jer pusat gua ni.. bleh bertukar jadi Tapirman.. silap-silap nanti pakcik dengan Cicakman sekali gua gulung.." getus Mat Kimbo hampir marah sehingga suhu badan beliau meningkat secara tiba-tiba sehingga mencecah 56 darjah celcius..


"Cubolah pakcik bawak bertenang.. ceritokan apo masalah pakcik ni satu persatu.. kalau bleh tolong.. gua tolong.. kalau tak bleh.. lantak pakcik la pegi melingkup.." tambah beliau lagi sehingga suhu badan beliau turut bertambah 12 darjah celcius lagi..


"Macam ni.. pakcik datang ni nak buat tuntutan ganti rugi atas kerugian pakcik akibat rusuhan anti ISO depan Sogo minggu lepas.. pakcik dah kiro.. ada la 3 juta gak pakcik rugi.. kalau ikutkan banyak lagi tu.. 5 biji lori tanker pakcik yang hilang tu pakcik tak kiro tu.. kiro halal la tu..  pakcik klaim pun yang basic jer.." luah pakcik Akrun dengan wajah sayu sambil menari inang...


"Maso rusuhan tu pakcik sedang meniago apo tu pakcik.. cubo pakcik cerito sikit.." ujar Mat Kimbo meminta penjelasan dari pakcik Akrun..


"Sebenarnyer pakcik tak meniago apo pun.. maso rusuhan tu pakcik tengah melepak kat jalan Masjid India sambil mengusya awek-awek cun kat situ.. tapi bilo ado berito bagitau smuo orang bleh mintak ganti rugi.. tu yang pakcik datang nak mintak ganti rugi tu... itu pun kalau dapat." ujar beliau..


"Ciisss.. kurang ajau punyer pakcik.. nak buat tuntutan palsu rupernyer.. buang maso gua jer.. nah terimalah pukulan api berantai dan tendangan tanpa bayang dari gua.." jerit Mat Kimbo sambil melepaskan beberapo pukulan padu ke tumit kaki pakcik Akrun..


"Aduhhh.. tolongg..." jerit pakcik Akrun meminta tolong.. "Pakcik pun rugi gak.. sebab angkara korang merusuh ler... semuo awek-awek cabut lari.. tu yang pakcik tak puas hati tu.. " luah beliau sambil membuka langkah seribu apabila dilibas oleh Mat Kimbo..

4 ulasan:

  1. makin lama, makin teruk dah aku tengok ko ni jang..ko dah kenan ngan kimbo ke?

    BalasPadam
  2. aku yang meniaga apam balik kat kota baru ni bole klaim tak... tak ada untung lah...

    BalasPadam
  3. woii nuek otak gua kira ok lagi la.. kekadang jer piston jem skit.. klau nak dibanding dengan lawak din burger yang tak masuk akal tu.. ok skit penanggah ni haaa.. klaim jangan tak klaim slipar jepon woii.. nanti smuo bil lu bagi kat nuek jer.. setle..

    BalasPadam
  4. Apa Din Berger. Cheh! aku pun dah naik cemuih nak buat page kartun yg ado kartun tuh. Dulu MasterKab kato tigo bulan jo pastu rotet kasi orang lain plak.. Dah makan ribuan tahun pun. Nasib baik komiko adikwako dah takdo. Kalau tak dengan penanggah sekali aku lipat...

    BalasPadam